.
Aku berkira-kira nak rebus ketupat nasi dan ketupat pulut. Kedua-duanya adalah ketupat segera. Namun bukan itu masalah yang aku sedang fikirkan. Aku fikirkan tentang dapur yang tak cukup untuk merendang segala bagai. Dan dia pun datang sekejap tadi.
Dapatlah kami memasak serentak tanpa perlu tunggu satu-satu.
Sebenarnya, tujuan kami beli adalah keupayaannya untuk merenehkan air dalam jangka masa yang singkat. Jadi, kalau nak masak air atau sup atau rebus apa-apa yang berskala 5-10 orang, ia menjimatkan masa. Kalau setakat nak goreng telur atau buat masak meggi, aku lebih gemar guna yang jenis gas. Even kalau nak bakar-bakar pun, guna gas labih baik sebab ada aromanya. Aroma hangus dan hangit... tapi sedap.
Tugas pertamanya setibanya ia tadi ialah merebus air 2 gelen untuk aku curahkan ke dalam sinki dapur yang penuh dengan gris, minyak, darah ikan, darah ayam.. yang masih tersangkut/melekat seperti lemak+kolesterol yang menyimen di dalam arteri / pembuluh darah.
Oh ya.
Saja nak bagi tau yang subsidi gas akan dimansuhkan sedikit demi sedikit pada satu hari nanti....
Saja ja nak bagi tau...
Salam Syawal...
.
11 comments:
Aku ada induction cooker tu, tapi periuk pulak tak de. Yang aku maleh tu sebab nak kena beli piyuk khas ala stainless steel..hampehh! Eh tapi bagus kan dapur tu...
LW,
aku pulak memang awal-awal kawen dulu dah beli 2 set stainless steel periuk dan belanga ala-ala India tu. Tapi tak boleh pakai sebab kalau guna api biasa, lambat nak panas dan kalau dah panas, payah nak kontrol...
ada lagi periuk SS yg tinggi yg dalam gambar tu... inilah masanya nak gunakan. lagi pun aku beli sebab ada banyak accessories periuk belanga yg dia bagi... termasuklah claypot tapi boleh guna induction juga.. mungkin ada SS dalam claypot tu...
aku beli dapur je..nak beli periuk ni yg aku fail ni...sebab rumah aku dah ada dua jenis stainless stell katanya, tapi bila letak atas dapur, tarak panas pun...haiyaa!
LW,
Ooo.... faham-faham. ko beli awal-awal dulu kut. sekarang ni teknologi ni dah tersebar luas. skrg harga dahlah murah, 'gifts' pun berlambak. Aku rasa gifts yang dia kasi pun silap-silap separuh harga cooker tu....
Telur dan Maggi menyinggung sensitiviti masyarakat...!!!
Kalau subsidi gas dimansuhkan, kita harvest heat energy macam dlm criter The Man Who Stares At Goats...
:D
Pembetulan...
Kita harvest heat energy dari matahari...!!!
sepa,
cuaca mendung boleh ker dapat energy gak?
Tak mendungpun tak bulih la bang.?! Hehehe...
Dlm criter tuh, hero masak dari pagi sampai ke senja, tak masakmasak, sudahnya, dia sembelih tin sardin... Haahaaaha
Sepa,
Patut la kau offer aku resipi maggi bertelur...haha!
Sepa,
kalau bakar fosil fuel pun daripada matahari gak kan? hahaha
LW,
sepa tu sarapan pagi pun dengan magi telur, kak.... hahaha
amboi.
dapur raya.
berapa ribu tu..?
.
Post a Comment