.
Salam akhir Ramadhan buat semua jajah takluk manusia sekalian.
Kepada yang masih di pejabat kerana urusan kerja, silalah lakukan kerja-kerja dengan sabar dan ikhlas. Syawal pasti menjelang, jangan dirisau akan Syawal, kecuali kalaulah kiamat bertandang sebelum itu. Walau pun ianya berlaku, tak perlu dirisau akan Syawal juga kerana apa yang perlu dirisaukan ketika ialah hari di Padang Mahsyar - sama berpayungkan kita, sama ada lengkap berpakaiankah kita, sama ada matahari dirasakan sejengkalkah nanti, sama ada malaikat akan datang membawa minumankah nanti....sama ada... sama ada... dan sama ada kita perolehi Syafaat dari Nabi Besar Junjungan kita, Muhammad SAW.
Kepada yang sudah mula bergerak awal pagi atau tengahari atau malamnya untuk pulang ke pangkuan orang-orang kampung halaman pula, ingatlah bahawa keterujaan untuk pulang itu nanti janganlah melebihi daripada ingatan kita bahawa Ramadhan masih belum berakhir, kecualilah Kiamat mendahuluinya. Sayugia diingatkan juga agar lebihkan bersabar dan bertimbang rasa di dada jalan raya kerana pemandu yang kurang bijaksana laksana keranda yang sedang bergerak.
Huh..! Panjangnya muqaddimah...!
Ok. Aku nak kongsikan pengalaman sedikit aku tentang foto di atas.
Aku pesan segelas Barli Ais dan yang datang itu mungkin boleh aku kelaskan sebagai Bubur Barli berais. Hampir 3/4 gelas itu dipenuhi dengan benih-benih barli. Dalam foto itu mungkin nampak seperti 1/2 tetapi percayalah, ianya lebih daripada itu. Ia nampak 1/2 kerana aku dah sedut-kunhay-telan. Sesudah itu barulah aku teringatkan untuk abadikan di dalam blog ini.
Itu je yang aku nak khabarkan.
Sekian.
.
21 comments:
Aku masih kerja, petang ni nak kena minum barli ais lah nampak gayanya...teruja tengok barli ais kau tu...haishh!
bro, dah pernah cuba barli limau? terbaik ar...
manis macam bubur tak..?
Aku dan keluarga balik lepas solat raya...
siapa siapa nak balik, pi balik cepat!
KA nak balik kg dah.. seblum tu nak bagi tau minum barli ni bagus tau byk khasiatnyer
dia nak habiskan stok barli dlm periuk sebelum balik raya kot..
suka barli suam bila batuk2..
Untung apa dpt barli banyak. Bila dah abis sedut air, mintak la refill air dan ais. hehe.
LW,
sodap woooo..... netes-netes air liur walau hanya dengan mengenangkannya... keh keh keh
SM,
pernah bro.... memang sedap. kena pulak campurkan lagi dengan air sirap berperisa pandan... perghhh....
TM,
hah... itu satu kekurangannya gelas air tu... aku rasa dia lupa letak air gula la....
Ash,
aku pun balik pagi raya tu.... tapi subuh2 la...
KA,
salah satunya untuk lawaskan pundi kencing kan?
sudip,
ahahaa... sebenarnya itu pun yang aku syak masa tu....
LyDs,
aku tak tergamak nak minta tambah air panas.... kat situ ramai orang, segan...
bila tengok gambar ni baru teringat yang aku ni dah lama tak minum air barli limau.
SM,
hahhaa... apa lagi, berbuka petang ni sambar la satu plastik...
aahh tak aci la kau...hujung2 puasa ni nafsu makan aku sangat terkawal..jangan nak usha aa...ekekeke!
LW,
eleehh...
ko belum tengok Barli + Sirap + Lemon Ais ..... dgn air sejuk menitis-nitis diluar gelasnya... hahaa
Mwahahaha sorry aku tak terliur..gulp!
hwaaaa tolong aku masih kat office...sangat tak adil hidup ini!!!
LW,
sudah-sudahlah tu kerja...
kerja bukan boleh habis pun....
orang sedang sedap lepak depan TV ni, tgh pikir nak berbuka dgn air apa petang ni... huhuhhu
Ko tak berbuka dengan Kembang Semangkuk dan Selasih ker...?!
Eh. Sejak Chasiman lecture aku tentang kelebihan kembangsemangkukdanselasih, setiap kali bulan posa, aku mesti ada...!!!
Sepa,
dulu dulu selalu gak aku minum tu
tapi sejak aku asyik jumpa sampah dan pasir dalam kembang semangkuk tu aku jadi malas nak minum dah...
laicikang yang ada bubuh buah kembang semangkuk, memang power!
SM,
laichi kang aku suka, kembang semangkuk yang ada kulit tu aku yang tak suka tu
Aku biasa tengok makcik aku buat laichikang. Dia akan asingkan kulit tu.
LM,
makcik ko rajin. kalau penjual komersial, kadang2 tak buang kulit tu... sekat tekak weh... hahaha
Dulu yang tukang buang aku le. Pekerja kontrak...
Post a Comment