Janganlah hanya apabila sudah hangus, barulah kelam-kabut nak padamkan api.
Deru angin perubahan kadangkala membuatkan kita tercungap-cungap mencari nafas sekata yang tertinggal dipermukaan gelora. Kadangkala juga taufan itu menolak kita ke belakang, lantas kita terhimpit diantara kekosongan yang 'awang-uwung' dan nilai-nilai baik yang semakin punah. Aku bukan seorang yang konservatif mutlak namun aku amat berharap agar sedikit kebebasan diberikan kepada masa silam untuk terus bermanifestasi di zaman moden dan kekal teguh memegang panji-panji falsafahnya (yang sesetengah dari kita memikirkan ianya terlalu kolot untuk diendahkan).
Pada satu hari nanti, ya, pada ketika waktunya nanti, aku takut segala-galanya telah pun terlambat dan kita semua gawat dalam tewas apabila kita tidak kenal siapa kita lagi.
Aku tak cakap pasal apa-apa. Itu hanyalah pandangan semasa yang aku fikirkan secocok dengan foto di atas tu. Dan mungkin juga secocok dengan sesetengah dari kita ini. Aku tak mampu berterus terang dalam hal-hal sebegini jadi mohon jasa baik untuk difikirkan bersama-sama. Selebihnya, mari kita kongsikan bersama-sama...
.
14 comments:
dalam tu...
a ahh...dalam..
a ah dalam....sangat....kailku tak mampu menduga...aku takat tasek pun tak sampai dasar ni kan lautan pacific..
ko terus terang je bulih...?
:D
.
SM,
dalam la jugak....
LW,
oleh kerana ianya falsafah, walau sejengkal, ia masih dikira dalam...
Azani,
apa nak jadi dgn dunia sekarang ni... huhuhuhu
TM,
tak boleh, nanti masuk lokap... keh keh keh
sms boleh
azani,
bukan ke sms pun dipantau?
tu yang kes blackberry nak kena gam dek banyak negara sebab nak protect customer secrecy...kan?
ala...kaukan terror kau buat dlm kod rahsia...hi hi
susah sangat kita ngeteh kat tangkak...tempat sifu tu...hi hi
ini lagu Helloween.
kejap. lagu nih zaman vocal Kai Hansen ke atau Michael Weikath?!
Azani,
ko minum kat Muar, aku minum kat S,Alam... kita tos sama-sama.. amacam? hahahaa
sepa,
ni zaman ke-3 kut... M. Kiske
hi hi...oklah...bismillahirrahmanirrahim
ini pasal pru 13 ke?
azani,
takde la.. ini lebih kepada nilai kemanusiaan sejagat...
rakusnya para kapitalis...
Post a Comment