Thursday, August 16, 2012

Semalam adalah hari terakhir aku di pejabat...

.

Semalam adalah hari terakhir aku berada di pejabat. Namun begitu aku sempat merakam pagi yang indah ketika dalam perjalanan ke pejabat beberapa hari sebelum itu. Walau pun kesempatan yang aku dapat hanyalah menggunakan telefon bimbit yang berkamera VGA, aku tetap mahu rakamkan momen-momen yang indah itu... sementara masih mampu.









Kepada teman-teman di alam fizikal dan di alam maya, mungkin ada yang sedang berkira-kira untuk pulang ke kampung. Malah, mungkin juga sedang dalam perjalanan ke kampung ketika ini. Ingin aku ingatkan, berhati-hatilah ketika memandu. Kadang-kadang keterujaan untuk pulang ke kampung menyebabkan kita terlupa beberapa asas penting dalam keselamatan di jalan raya.


Salah satunya... pastikan pundi air kencing sentiasa dibawah 80% penuh.
Toleran 20% adalah untuk mencari tempat rehat bertandas yang tak penuh.







.

16 comments:

Anonymous said...

dan stok jajan dalam kereta, kalau mengantuk boleh mengunyah (alasan ponteng puasa).

ckLah @xiiinam said...

Pundi kereta pun kena penuh! Hehe

Lady Windsor said...

Hari ni aku mengalami kenikmatan luar biasa masa memandu dari Sg Long ke tempat kerja...jalanraya cool, kereta semua bergerak manja-manja je..kalau sepanjang tahun macam ni kan ke bagus. Aku kerja sampai esok dan tak balik kampung! Korang semua selamat balik kampung yek..

kucingorengemok said...

cermin depan kasi lap skit bro, berbelak², keh keh keh...

SHR&MZB, taqabalallahu minna wa minkum!

tasekM said...

bertuah punya KOG.
nampak je dia cermin belak2...


.

LydSunshine said...

Hahah.. pesanan dia tu aku tak menahan. Tapi betul jugak tu. Supaya tidak mencapai tahap 100% secara mendadak.

sepa said...

aku tak balik kampung...!!!

sebab aku kerja kat kampung.

tapi, aku dengar jugak lagu Balik Kampung.

salam balik kampung, bang.?!

Nizam.Ariff said...

SM,
Hoh.. betul tu. Botol air kena penuh dan kena spare botol air kosong juga.. mana tau terperangkap dalam kereta, air yang masuk passti akan keluar.. hahaha




CKlah,
betul tu ...
tangki kena penuhkan awal2... takut beratur pulak di stesyen minyak....

Nizam.Ariff said...

LW,
tak balik tak mengapa sebab di sekitar situ pun ada suasana kampung kan? tapi kenikmatan tu memang patut dipanjangkan sepanjang tahun... hahaha



KOG,
mana boleh lap cermin belak2 tu.. .kena hantar polish cermin RM150 baru hilang...

minna waminkum taqabbal ya karim.





TM,
dia memang gitu... baru je minta maaf tu... keh keh keh




LyDS,
kepada yang belum kena memang terasa macm tak penting tapi bagi yang pernah kena siksaannya, tahulah macam mana.

haaa...ko tgh ngandung ni pun kadang2 kerap terkucil kan? ingat-ingatlah pundi kencing tu ek.. hahah

aza ni said...

pastikan ada air mutlak barang sebotol dua....

Nizam.Ariff said...

Azani,
betul tu.... sebotol yang cukup untuk wudhuk pun ok gak.

dalam kereta aku sentiasa ada air mutlak 5 litr di dalam bonet. asalnya standby kalau kereta panas tapi alang-alang dah simpan, elok simpan banyak sikit, mana tau kalau betul2 terdesak...

ASH said...

Selamat balik...balik dengan selamat!

Nizam.Ariff said...

Ash,
jom kita saing2 balik pagi raya tu ek...

ASH said...

ko balik perak ke Melaka?
aku balik Ipoh...

ASH said...

Nampak kereta panjang werena putih sarat ngan anak anak tu lambai lambai lerr..

Nizam.Ariff said...

Ash,
aku balik perak dulu...

aku lalu ikut tg malim lepas tu ikut dalam terus

kalau tak sempat sampai ke rumah, aku singgah je mana2 masjid utk solat aidilfitri...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com