Saturday, August 11, 2012

Ulam-ulaman di zaman silam

.

Ulaman-ulaman yang sungguh menyelerakan di kala bulan-bulan gersang begini. Lebih-lebih lagi kalau ada 'jangan bening' (jangan = sayur; bening = kuah jernih) dan kicap Tamin cap empat matahari. Kena pula dengan telur itik rebus yang direbus bersama-sama nasi di dalam periuk nasi. Sayugia telur itik itu dibasuh bersih-bersih kalau tak, nasi putih akan menjadi nasi hujan panas yang berwarna-warni...





Bagus makan ulam-ulaman begini kerana:
1. Selulos sayuran.
2. Ulaman-ulaman itu tak diracun-seranggakan.


Dan tidak semua jantung pisang boleh dibuat sayur. Ada sesetengah jenis jantung pisang terasa pahit dan sesetengah yang lain memabukkan. Aku cuma percaya kepada jantung pisang awak. Jantung pisang lain kadang-kadang akan membuatkan perut aku berangin.


Dan petai pula, selain direbus atau dimakan mentah, satu cara lagi ialah petai itu dibakar. Arwah bapak aku suka petai yang dibakar. Petai yang dibakar kurang sikit bau petainya dan rasanya seperti petai rebus. Sebenarnya, apabila petai dibakar, air yang ada di dalam sel-selnya akan panas dan 'merebus' biji petai itu.


Dan yang kurang nampak di situ ialah sayur 'genjer' atau sesetengah orang kata 'paku rawan'. Pokok 'genjer' berdaun lebar bulat dan berwarna hijau, biasanya tumbuh digigi air. Tak ramai yang tahu bahawa daun muda dan bunganya boleh dibuat sayur. Paling sedap kalau dimasak lemak. Pokok 'genjer' adalah musuh kepada pesawah kerana corak sebarannya yang agresif. Daunnya yang lebar itu akan bersaing dengan anak-anak padi untuk mendapatkan cahaya matahari.


Dan pokok silom yang tumbuh di dalam air (di gigi air) adalah lebih rangup dan lembut berbanding yang tumbuh di atas tanah. Kalau mahukan silom yang rangup dan lembut, rendamkan silom di dalam air beberapa jam sebelum diulamkan. Ini kerana air akan diserap oleh pokok silom walau pun setelah dipetik.

Jadi, kepada sesiapa yang suka bereksperimen, kalau anda mahukan ulam daun silom anda berperisa oren atau epal, cubalah rendam di dalam air oren atau epal beberapa jam. Lepas tu, sila beritahu aku...






.

12 comments:

sepa said...

eh tunjukkanlah ulam daun silom tuh bang...!!!

oya, aku dah buat asignment tentang terjun tiruk.
ko ke sini : http://hasribinhasfa.blogspot.com/2012/08/tiruk-antara-nyamuk-dan-terjun-dan.html


.

Lady Windsor said...

Nizam.Ariff
Entry ni buat aku teringat arwah mak aku...rebus telur itik masa masak nasi...telur tu pula kulitnya warna biru nila...
Aku nak silom perasa strawberry...haha!

ckLah @xiiinam said...

Ganjer?

Hehehe...

Nantilah, nak bereksperimen dengan cendol....

:-)

Nizam.Ariff said...

sepa,
tuuu.. yang hijau-hijau kat dalam gambar tu..




LW,
ya.. telur itik dgn cengkerang berwarna biru nila. sampai sekarang aku tak tahu kena aada yang warna biru nila dan ada yang putih melepak.






cklah,
cendol... kalau guna santan perahan segar kelapa 'pekak' memang sedaaappp...!
wangi dan lemak berkrim disukai rarmai..

sepa said...
This comment has been removed by the author.
sepa said...

semuanya hijau tu bang.!

selain petai dan jantung pisang la yer... dua tuh jeh aku tau nama... hehehe...

Nizam.Ariff said...

sepa,
yang atas sekali tu... yang panjang tanpa dikerat 18 bahagian tu..

ASH said...

LAAAA...ada juga tak kenai daun ceylom nihhh....
hihihihi

yang orang UTARA kerat kerat haluih boh dalam laksa tu...
daun selom @silom laaaa
.
.
ish ish ish...
.
.
.
Petai bakar kegemaran den!!
APHRODISIAC???
Ada aku kesah?
hahaha

ASH said...

kalau aku ada kena tambah pucuk gajus, daun pegaga, pucuk ubi, bunga betik, bunga kantan, ulam raja, geduak, jering rebus...dengan sambal belacan atau dengan sambal nyior..
.
.
.
.
.
makan tak sedar diri!

Nizam.Ariff said...

ASH,
kalau gitu ghope ulam-ulamnya, tak payah makan nasi dah kenyang daun... huuhuhu

ASH said...

Macam pak sedara aku selalu kata udah jadi kambing pulok lerrrr!!
hahahaha

Nizam.Ariff said...

Ash,
habis tu.. segala macam daun nak dimakan... hahhaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com