.
Umum di situ telah mengetahui tentang Nita dan earphone yang dicucukkan kepada komputer ribanya, juga jari-jari runcingnya yang gemar mengoles-oles cermin-papar telefon bimbit pintarnya. Juga tentang jari-jari runcing nya gemar menaip dan menekan butang 'send'. Umum di situ juga telah mengetahui tentang Hassri dan Kamil, dan kaitannya dengan Nita.
Orang-orang pejabat sering melihat gelagat Nita itu tetapi Nita tidak kisah. Dia seorang setiausaha dan seorang setiausaha memang duduknya berdekatan dengan Kamil. Cuma, perangai Nita yang gemar terangguk-angguk kerana mengikut rentak lagu sering menimbulkan rasa curiga di kalangan mereka. Hasri juga tak terkecuali.
Hari itu, Hasri mahu mencari kepastian. Dia datang dekat kepada Nita, yang seperti biasa, terangguk-angguk. Tanpa memberikan sebarang isyarat tangan mahu pun kaki, Hasri cabut connector dan berkumandanglah lagu yang Nita sedang dengar. Teman-teman di pejabat ramai yang berdiri mencuri dengar.
Nita tersentak. Dia sudah terlambat untuk menutupnya. Malahan Hasri kuatkan volume lagu itu...
Bangau oh bangau, kenapa engkau BODOH?
Bagaimana aku tak BODOH, aku ikut engkau
Aku ikut engkau
Nita tersengih-sengih melihat Hasri berjalan pergi......
.
13 comments:
la lagu bangau oh bangau dia dengar...versi ada perkataan bodoh lak tu..hehee makin misteri je nita ni...
Aishah,
menulis secara sinis ni seronok kak...
hahaha
ko ni kan..kalau tak ada unsur saspen dalam naratif memang tak sah eh..cemane aku nak ulas ni..dah lupa beberapa istilah dan term dalam kritikan sastera...ada benda aku nak ulas dalam entry ko neh..nanti la bebila beb...
Hasri itu seorang yang 'cold-blooded'.! tapi aku suka. brutal la konon...!!! hehehe
LW,
alaaa.... cepatlah ulas... aku bukan org sastera, ko ajarlah aku sikit2...
sepa,
Weh.. aku belum bentuk sepenuhnya peribadi dan profile si Hasri tu... aku rasa macam nak buat si HAsri tu pervert jeh.. hahaha
pervert lagi ganas, antagonist.!
eh. kekadang aku pelik, ada masanya Hasri tuh protagonist la pulak.!
sepa,
Hasri tu pakai topeng jiwa banyak lapis.... hahaha
lagu bangau jugak jadi pilihan. haha
tq ron
bangau oh bangau versi baru ni....
Apa kata ko buat hasri tu cam gay..kamil dia suka, Nita pun dia nak..okeh tak?
Shasha,
aku fikir lagu tu secocok dgn scenario masa tu.... hahaha
azani,
sama-sama... jom nyanyi lagu tu ramai2... hahahaa
LW,
weh, itu bukan heteroseksual ke?
ntah...hetero eh...aku tatau...
LW,
aku pun tak pandai...
tapi yang jenis dua-dua tu sama ada hetero atau biseksual.... hahaha
Post a Comment