Thursday, October 25, 2012

Memori indah di pagi Aidil Adha...

.

'Huarrghh...!'

Panjang kuap Hasri pada pagi Aidil Adha itu. Walau pun dia sudah siap mandi dan sarapan, dia masih belum pulang ke kampung. Dia masih terasa terus digigit kantuk. Jadi, dia rebahkan dahulu tubuhnya yang sasa-macho di atas sofa PVC biru di rumah sewa jenis teres 2 tingkat di SS18. Sehinggalah tidurnya di ganggu oleh deringan telefon.

"Assalamualaikum... ini makcik ni. " suara di hujung talian yang berbalam-balam dengungnya.

"W'kum salam, makcik. Selamat Hari Raya." Jawab Hasri.

"Makcik nak tanya betul-betul ni. Kamu nak ke anak makcik ni sebab petang karang ada orang datang meminang lagi."

Hasri tersenyum. Anak makcik itu telah lama di intai orang, sejak di tingkatan 5 lagi tetapi makcik kerap berdalih kerana baginya pelajaran anak daranya itu lebih penting. Selepas habis tingkatan 5, beberapa orang yang bertanya akan diberikan alasan lain pula. Pada kali itu, anaknya mahu ke menara gading pula. Selamat. Kini setelah tamat belajar dan mendapat segulung ijazah, anak daranya diintai lagi oleh orang lain pula dan makcik sudah kehabisan alasan.

"Makcik cuba tanya dia, dia nak dengan kita tak?"

Makcik pun bertanya kepada anak daranya. Kemudian, terdengar suara kecil dan manja menjawab 'nak! nak!'.

Hasri tersenyum. Dia dapat mengagak gelagat anak dara makcik itu ketika berkata 'nak!' tadi. Semestinya si dara itu menjawab sambil bersandar kepada bahu emaknya sambil sebelah kaki dilipatkan. Hasri tersenyum lagi.

"Dia kata 'nak'. Macam mana?" Makcik meminta kepastian.

"Kalau dia nak, kita pun nak jugalah." Jawab Hasri.

"Kira jadilah ni? Kalau jadi, makcik cakap kat orang tu yang anak dara makcik ni dah ada yang punya."

"InsyaAllah..." jawab Hasri.


Dan pada pagi Aidil Adha itu, Hasri ada berita penting untuk Emak. Juga ada tugas penting untuk diberikan kepada abang-abangnya. Hasri berlepas pulang dengan wajah yang tersenyum. Awan gemawan kerap bertukar rupa dengan wajah comel si anak dara.


Dan pada setiap Aidil Adha, Hasri pasti akan teringatkan perbualan telefon dengan makcik itu.



She's my angel. My little angel.
Selamat Hari Raya Aidil Adha, sayang.






.

16 comments:

ckLah @xiiinam said...

Selamat hari raya Haji. Maaf zahir dan batin, ya!

Nizam.Ariff said...

cklah,
podo-podolah...

Jna marcello said...

;)
NAK NAK HUHUHU
^^SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA^^

FITRAH JAMIL said...

slamat hari raya aidil adha

Anonymous said...

wah, awal lagi dah ada orang booking. boleh main tanya2 macam tu je.

Nizam.Ariff said...

Jna,
dah terlepas la beb.... keh keh keh... selamat hari raya,



Fitrah Jamil,
Selamat hari raya buatmu jua... kalau ada rendang di kuali, jangan dilupa aku di sini... hahaha


SM,
see the leg la fren... kakaka.
rapport dah buat awal-awal bro... hahaha

sepa said...

nama anak makcik tuh mesti klasik, kan.! sehinggakan Hasri jadi sebegitu angau..!!! mungkin namaya Bedah, Tipah, Joyah, Milah atau Timah.!

salam raya haji eh.!

Evagurl said...

salam aidiladha! :)

Nizam.Ariff said...

sepa,
hahaha.... dah dekat tapi kurang tepat...



E.Izma,
salam untuk awak juga...

cheryna zamrinor said...

Alamak Hasri. Setiap kali baca post teringat boss bernama Hasri. Sekarang aku tak boleh dah...gelak2 membayangkan anak dara depan boss aku cakap, "Nak!"

Haish..thanks Nizam. Tersenyum anak dara depan PC nieh.

Salam Aidiladha:)

cheryna zamrinor said...

Alamak Hasri. Setiap kali baca post teringat boss bernama Hasri. Sekarang aku tak boleh dah...gelak2 membayangkan anak dara depan boss aku cakap, "Nak!"

Haish..thanks Nizam. Tersenyum anak dara depan PC nieh.

Salam Aidiladha:)

Nizam.Ariff said...

cheryna,
sekali sekala seronok mengingati kisah-kisah romantik nan lalu... hahaha

ia mampu menyuburkan pohon cinta yang kadangkala kemarau dan lesu...

Anonymous said...

Salam raya haji bro. Kat johor dalam kalangan jawa, nama yang jadi legend adalah markonah. But i haven't knew anyone.

Nizam.Ariff said...

SM,
markonah.? hahaha

si dara idaman Hasri tu org Melaka, takdenye markonah...

aza ni said...

intro untuk buku baru?

salam aidil adha, maaf zahir batin

Nizam.Ariff said...

azani,
bukan...
tak ada buku baru.
tangan aku sakit...
tak ada org nak taipkan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com