Yang putih tu ubi keladi biasa, yang hitam-hitam tu ubi keladi yang telah busuk. |
Hitam bukan sebarangan hitam, hitam isi tetapi sedap di makan. Di buat pengat.
Pengat pula menggunakan gula kabung / gula kelapa / gula Melaka.
Dicampur pula dengan sagu mata ikan.
Kalau pengat itu boleh diwakili oleh persamaan matematik pasca merdeka, persamaannya mungkin begini:
keladi+keladi busuk+sagu mata ikan+gula Melaka+santan kelapa muda = Syorrgaaa...!!!
Bagaimana nak buat ubi keladi menjadi busuk tetapi masih boleh dimakan?
Cara-caranya:
- Cabut ubi keladi dan basuh bersih sehingga tiada tanah
- Potong batang keladi, biarkan ubinya sahaja.
- Letakkan di sudut bilik air atau di tepi tempayan bilik air (kalau tak ada kena beli)
- Biarkan sahaja di situ
- Sekali sekala simbahkan dengan air, ubi keladi tak boleh menjadi kering
- Sekali sekala, picit untuk tahu sama ada sudah lembut atau belum
- Kalau sudah lembut dan hitam, bolehlah didadukan untuk dibuat pengat keladi busuk
- Biasanya diantara 2-3 minggu untuk menjadi busuk
- Kalau masih keras, jangan dipengatkan dahulu
- Kalau terlebih busuk, buangkan sahaja... tak boleh dimasak.
Bagaimana nak memengatnya?
Kupas kulitnya. Dadukan sekitar 1"x1"x1". Basuh dan rebus dahulu dengan sedikit garam untuk melembutkannya. Setelah sudah, tos dan basuhkan dengan air paip. Kemudian bolehlah dipengatkan.
Bagaimana tekstur keladi busuk setelah dipengatkan?
Seperti nata de coco... kenyal dan anjal.
.
11 comments:
eh. kalau tempayan ganti dengan pasu bunga, bulih tak.! tak dak tempayan la bang.!
satu lagi, nak potong dadu, kena guna pembaris kayu ka, besi ka atau plastik ka.?!
:)
*tak dak gambar pengatnya.?!
makan reti la...
sepa,
aku rasa boleh guna pasu kut... asalkan persekitaran sejuk...
gambar pengat tak ada, tangan sakit nak ambik gambar...hahhaha
lelakisemalam,
aku pun sama, aku tak pandai nak buat...
hallo..kalo da busuk cemane eh nak masak? tak ke busuk tu mempengaruhi ubi lain? aku konpius!
LW,
nama je 'busuk' tapi tak busuk...
ada berbau sikit tapi bau tu bila dah direbus dan ditos akan kurang sedikit...
ala... macam pekasam gak la... busuk tapi sedap...
ooo.. mmg sengaja dibusukkan..?
sumpah aku br tau...
.
TM,
cer ko buat... mana tau menjadi..
ko pernah makan tak?
macam ni boleh buat pearl cool blog ni..
oo gitu ek..ala mana aku nak cari ubi busuk ni? teringin nak try masak...
LW,
kena beli ubi keladi dan buat sendiri la kut... mana ada org jual.
jeb,
hmm... Yam Cool Blog eh?
betul juga tu... hahhaha
Post a Comment