Friday, November 30, 2012

Awan-awan di langit biru...

.




Awan berkepul-kepul seputih kapas, berarak melintasi dada langit biru yang luas semesta alam.
Keindahan kurniaan Ilahi, memayungi terik sinar.

Namun kadang-kadang otak aku pandai berimaginasi, membentuk corak-corak yang hanya terlakar dalam fikiran.

Awan-awan itu bak segerombolan pedati perang, sedang beratur untuk mara ke kubu lawan...

Sekadar mainan fikiran.
Jahat! Kerana menodai kesucian keindahan yang diberi...




.

12 comments:

ASH said...

tak nampak macam nak perang pun..
.
.
.
.
nampak macam gula gula kapas iye lerr..
.
.
.
.
MATA seorang cikgu tadika!

Nizam.Ariff said...

Ash,
ia bergantung pada mata yg melihat dan otak yang menafsirkannya...

akak nak makan benda manis-manis la tu... hahaha

aku pulak baru belajar main prang-perang guna Tab... tu sebab la..

Jna marcello said...

AWAN NTY KATA AKU KANDUNG AIR SAMPAI TEMPAT SEJUK AKU PUN CAIR...

SUKA LAGU TU ;P

Lady Windsor said...

aku suka yang bentuk stratus nimbus atau kumulus nimbus..

tasekM said...

bak segerombolan pedang...?






jenuh aku tenang...
ikut suka ko lah!

:p







.

Nizam.Ariff said...

Jna,
aku suka versi dewasa..... sebab Hazama yang nyanyi... hahaha




LW,
Itu awan tofan, kak....



TM,
Hah.. itu menunjukkan ko kurang daya imaginasi hari ni... hahaha

sepa said...

aku nampak tentera berkuda.
aku nampak tentera yang menaiki unta.
aku jugak nampak kapalterbang2-perang, kapal2selam-perang, kereta2kebal-perang,... jugak barangkali peluru2-berpandu...!!!

*ah... apa yg ko imaginasikan, kawan.?!

...
susah betul eh...!!!
...

sepa said...

oya... (sambung lagi...!!!)

aku nak tulis entri tentang awan.! sebab ko suka cerita tentang awan...!!!

.

Lady Windsor said...

sebab tu aku suka..ganas, membadai, amarah, perkasa dan bengis...biar alam gah dan manusia tunduk hormat pada kuasa itu..

Lady Windsor said...

sepa
aku nampak setompok awan yang sangat comel, gebu dan mulus..:)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Byk sungguh imaginasi ko...


Lw,
Pesal tak nampak kereta kebal israel tgh nak masuk sempadan?

sepa said...

aku dah buat entri tentang awan... untuk ko dalam imaginasi aku...

aku rasa, ko mesti suka... kerana dalamnya penuh fantasi liar tentang awan...

ko ke sini : http://hasribinhasfa.blogspot.com/2012/12/pokok-hari-beruang-beruang-bergelutan.html

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com