Saturday, December 1, 2012

Israel mempunyai 'tanduk ajaib', itulah sebabnya konflik Israel-Palestine tidak selesai....

.
http://www.google.com/hostednews/afp/media/ALeqM5hgXiYx6EvlB6ml_an4ayVjjHsHfQ?docId=photo_1354236131602-1-0&size=s3
Sumber: AFP


Bukan satu dua negara sahaja yang ada konflik. Sejarah menuliskan konflik dan peperangan sudah lama wujud. Sejak zaman manusia dah bergelar manusia lagi, konflik sudah ada. Bagaimana evolusi dinasti di China. Monghol, Nordes, malah Iraq-USA pun sama. Semuanya bermula dan ada akhirannya. Kenapakah konflik Israel-Palestine tidak reda-reda? Kenapakah segala konflik yang bersangkut-paut dengan Israel payah sangat nak reda?


Aku teringatkan satu kisah dongeng mistik budak-budak dulu tentang pertandingan atau perlawanan (yang aku ingat-ingat lupa), bagaimana seorang itu telah dicabar untuk minum air di dalam bekas yang diperbuat dari tanduk sehingga habis. Dengan ketawa, orang itu kata dia boleh habiskan air di dalam bekas tanduk itu dengan sekali teguk. Namun apabila dia minum, didapatinya air di dalam bekas tanduk itu tidak surut-surut! Puas dia teguk / tonggang tetapi air di dalam bekas tanduk itu tidak habis-habis juga. Rupa-rupanya, tanduk itu telah disambungkan kepada laut secara mistik. Jadi, orang itu tadi sebenarnya telah meminum selautan air.


Samalah seperti Israel-Palestine. Kita cuma nampak negara Palestine dan daerah yang ditakluk oleh Israel itu kecil sahaja. Sekali imbas, negara yang sekecil dan sering berperang itu seharusnya tidak mempunyai sumber-sumber (resources) yang banyak. Seharusnya massing-masing akan kehabisan sumber untuk membiayai peperangan.

Rupa-rupanya, Israel mempunyai 'tanduk ajaib' itu!

Negara Palestine (kini Palestine merdeka) dijadikan medan ujian segala jenis senjata dan teori strategi ketenteraan.


Sebenarnya, konflik Israel-Palestine Merdeka boleh diselesaikan.
Tutup segala sempadan dan jangan benarkan sumber-sumber kewangan, ketenteraan dan pertolongan memasuki sempadan. Biarkan beberapa bulan dan biarkan mereka berperang dengan segala sumber yang mereka berdua ada. Pada akhirnya, salah satu daripada mereka akan berjaya dan konflik pun ditamatkan. Bawa petisyen ke PBB untuk mengiktiraf pihak yang menang dan akhirnya, dengan undian, PBB akan mengiktiraf pemenang itu memiliki negara yang merdeka dan berdaulat.  Konflik itu boleh diselesaikan TETAPI adakah penyelesaian itu seperti mana yang kita mahukan?


Dalam pertandingan atau peperangan, hanya seorang pemenang diperlukan. Yang menjadi masalahnya, siapakah yang patut menang? Ya, siapakah yang patut menang DAN BUKANLAH siapa yang menang! Itu masalah sebenarnya. Perdebatan ini akan berterusan dan perdebatan ini bukan berlaku di negara yang berperang itu. Perdebatan tentang siapakah yang patut menang itu berlaku di luar Palestine. Ia berlaku di seluruh dunia!


Kalaulah dibiarkan Israel dan Palestine berperang tanpa diganggu oleh pihak ke-3, jangan kata Israel pasti menang. Belum tentu lagi Israel akan menang. Mungkin Palestine yang menang kerana dalam peperangan, semangat moral dan tujuan (cause of war) menjadi penentu kemenangan dan bukannya senjata. Biarpun Palestine hanya tinggal 10 orang wirawan dan wirawati sedangkan Israel mempunyai ribuan askar penuh dengan kelengkapan, belum tentu Palestine akan terkubur!


Seterusnya, sila rujuk beberapa ayat di dalam Al-Quran. Ada diceritakan tentang peperangan di tanah Palestine dengan Israel yang angkuh itu. Diceritakan perkara yang telah berlaku dan perkara yang akan berlaku... dan itu semua telah menjadi ketentuanNya. Dikatakan inilah yang membakar semangat rakyat Palestine







.

2 comments:

sepa said...

Kingdom of Heaven adalah muvi yg berkaitan dengan tanah Palestin itu...
aku tengok muvi itu berulangkali, kerana aku ada dvd-nya, walaupun bukan yg asli.
aku tengok muvi itu, tertarik membelinya kerana ada Liam Neesan dan Orlando Bloom...!
.
dalam muvi itu, kisah tanah Palestin ini dah berlaku sekian lama... Liam dan Orlando adalah crusader yg berperang di situ, berlawan sama-sendiri dengan crusader dari negara2 lain, dan terdapat jugak dak Mongol dan China... ketika itu, dalam muvi itu...
.
sejarah tanah di Palaestin dan kisah perang dan keinginan menguasai, takkan putus2...
.
bayangkanlah, sekiranya benar2 Palestine itu semuanya jd milikan dak rejim Zionis, akan tidak adakah perang di situ lagi...?!
...kerana dari segi sejarahnya, tanah Palestin itu semacam satu pusat perang...!!!
.

...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Tu la. Aku rasa kalau boleh, bom nuklear pun dia org nak test kat situ...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com