.
Crepe Durian langsung tak macam kerepek durian. Aku ingatkan 'kerepek' durian. Kalau setakat kerepek, biasa-biasa sahajalah. Rupa-rupanya benarlah seperti yang dikata "tak rasa maka tak cinta".
Aku dapat pun sebab ada orang yang beri rasa. Dan sekali bila dah rasa, kelazatannya telah berjaya menghulur tali cinta kepada liang rasa. Ia telah berjaya mengikat nikmat pada tiang nafsu. Aku terpikat pada rasa pertama dan aku dambakannya. Lagi dan lagi.
Mungkinkah kerana krimnya mengandungi Durian? Kerana aku suka Durian.
Kalaulah krimnya hanyalah Cokelat tanpa Vanillin atau krim Kopi Arabica, mungkin aku tak sejakun ini.
Aku naif...
.
12 comments:
rasa sekali mesti nak lagi kan? dah kate dah.. hehe.
oshinz,
betullah... resepinya ngam dgn lidah nusantara agaknya...
dia mcm kek cemana?
aku ada jumpa durian crepe ni tapi haram tak pernah terigin nk cuba.
.
TM,
yang kuning tu kulit je.. .macam kulit kuih ketayap... hahaha
tapi intinya yang umph! terasa macam durian+cream cheese+vanilla flavoured cream ... macam ice cream pun ada...
aku tak pernah makan.
apakata ko belah crepe tuh, bagi nampak isi-perut.!
sepa,
dah masuk dalam perut la kawan...
kalau dah belak crepe tu, dah tak boleh nahan dah... hahaha
nizam.ariff
ko dah addict lah tu yer..kat midavalley ada kedai nama sweetchat..aku salu lepak situ sambil bantai 3 ketul kuih sombong ni, rega RM8++ padahal kecil je sangat..huh
aku ada kawan yang dok menjualnya...
berdozen dozen...
.
.
.
nak tempah?
kabor jer..
.
.
.
ni kira macam lempeng doyan juga le ... buat inti!
atau ketayap doyan..
ubah nama jadi durian crepe..
kekekekeke
LW,
yeay! hari ni aku dapat lagi 2 kotak...
Ash,
kat opis ni pun ada yang menjualnya.
tapi tu la.. macam lempeng bungkus ice cream vanilla + durian je...
TAK LAZAT LANGSUNG NIZAM HAHAHAH
*gurauuuuu
sapa bagi ko eh?
tangan ko dah ok?
Jna,
yup.. .tak sedap... (bila dah habis) hahaha
LW,
kawan kepada kawan ofis yang buat/jual...
tangan aku better selepas jumpa chiro nih...
Post a Comment