Friday, January 4, 2013

Buat para lelaki yang kurang kasih sayang....

.

Dah seminggu aku tak masuk pejabat. Dan dah seminggu juga aku tak buka email dari pejabat. Panggilan telefon pun jarang aku terima dair pejabat. Telefon itu gara-gara line Maxis kurang menyengat di dalam rumah. Kena keluar jauh-jauh baru ada. Padahal di atas bukit ada pemancar. Entah apa jadi di pejabat, aku tak pasti.

Dan seperti mana seminggu ini, aku ditemani oleh para deejay radio siang dan malam kerana TV belum mahu ikut aku berpindah.

Dan ada satu lagi lagu yang menarik gegendang telinga aku. Cara dia sebut 'sayang' itu sungguh semacam... semacam sedang marah-marah geram tapi sayang.

Dan kepada lelaki yang dipanggil 'sayang' silap-silap jadi manja-manja macam budak kecil berumur 5 tahun tersengih-sengih tak tentu pasal... sambil buat-buat muncung agar terus-terusan dipujuk...









.

7 comments:

Anonymous said...

ha, tu baru panggil sayang...

tasekM said...

entah kenapa aku terbayang yg buat mulut muncung2 tu adalah ko.
dan.
entah kenapa aku terbayangkan KOG buat muka singa sambil beliak2 mata pulak.


entah la kenapa...

:p




.

aza ni said...

ada sabdu ya nya

Jna marcello said...

ahahah "marah2 geram grrrrrrr ;D

Nizam.Ariff said...

SM,
kalau panggil 'anje' lak, entah merangkak datangnya... hahaha



TM,
Hmm... ada betul gak tu... KOG garang... hahaha


azani,
sabdu kat huruf 'ya'...



Jna,
tengah sayang-sayang kalau geram pun rasa comel je... hahaha

kucingorengemok said...

kata anak buah aku, buat muncung mulut tu peel orang 'menada-nada'

Nizam.Ariff said...

KOG,
keh keh keh.... kutuk aku ek?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com