Wednesday, February 6, 2013

Kisah bantu membantu menjelang PRU13

.

Kisah asalnya, seorang lelaki mendatangi seseorang yang lain lalu menawarkan ini: Mahu ikan atau mahu joran.
Jika diberikan ikan, sekali makan maka habislah ikan itu. Manakala kalau diberikan joran, dia dapatlah memancing, maka dapatlah dia makan ikan pada hari-hari seterusnya. Pendek kata, eloklah diberikan ilmu dan peralatan daripada terus disuap sampai bila-bila.


Ok. Inilah kisah versi aku pula......


Seorang wakil pihak pemerintah pergi melawat kawasan DUN di pinggir pantai. Wakil pemerintah itu menawarkan bantuan dengan pilihan: Mahu ikan atau mahu pukat tunda.


Datanglah 2 orang yang mahu menerima bantuan itu. Orang pertama mahukan ikan sahaja. Orang kedua mahu pukat tunda kerana dia telah mendapat iktibar dari cerita sebelum ini.

Maka setiap hari, orang kedua itu pun turun ke laut untuk memukat. Setiap subuh dia turun ke laut dan pulang ketika pangkal senja dengan segala hasil tangkapan laut. Namun begitu, setiap kali dia naik ke laut, orang pertama tadi akan menunggunya di pantai.

Berkata orang kedua, " Itulah kamu. Kalau kamu pilih pukat tunda seperti aku, hari-hari kamu boleh makan ikan."

Berkata pula orang pertama, " Oh, aku memang tak pandai memukat. Eloklah aku tunggu ikan kamu sahaja."

Maka, setiap hari orang kedua itu pergi ke laut dari subuh sampai ke senja. Dan apabila senja, orang pertama tadi akan datang menunggunya di jeti untuk mengambil hasil tangkapan dan dijualnya di pasar besar. Akhirnya, orang pertama tadi pun membina satu tempat pendaratan ikan yang lebih besar. Orang pertama itu menjadi peraih ikan.

Berkata orang pertama, " Aku tak pandai memukat, aku tak pandai ke laut tetapi aku dah belajar ikan mana yang sedap, ikan mana yang boleh dijual mahal dan siapa yang suka makan ikan mahal."


Belum pun sempat orang kedua berkata, orang pertama tadi menyambung, " ... dan kamu ambil risiko nyawa kamu di laut, sedangkan aku hanya ambil risiko perniagaan."



Moralnya: kalau orang bagi BR1M, ambil sahaja dan bila dah habis, sila minta lagi..... dan lagi....






.

14 comments:

Kniedaz said...

cerita bagus..moralnya..tak semua orang dapat manfaat yg sama hasil pemberian itu...(selamat pagi ^_^ )

Anonymous said...

kalau wakil pemerintah tu mendatangi aku dan bertanya soalan yang sama, aku akan jawab "aku tak mahu ikan atau pukat, tapi berikan kami keadilan!"

kucingorengemok said...

adakah orang tak mengundi dibenarkan buat banyak² entri pasal pru? ini adalah seperti bangla berbincang tentang pucuk pimpinan negara... keh keh

(tapi aku rasa sekarang bangla pun mengundi kalau dia tau mana nak beli ic)

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
manfaatnya bergantung kepada orang yang guna... .selamat pagi juga..



SM,
kalau aku, aku nak kan jawatan si wakil kerajaan tu.. hahaha



KOG,
aku masih bayar cukai pendapatan, walau aku tak mengundi tapi aku ada hak atas tindak tanduk kerajaan....dan aku nak beli ic 5 keping, kalau ada... hahaha

sepa said...

dan dating orang ketiga... berkata ia:

aku tak pandai pukat ikan, aku jugak tak pandai jual ikan...
aku hanya suka membeli ikan... jadi aku, bukak restoren seafood.!


.

kepada tuan PieM, cepat2 la umumkan PRU13 sebelum ramai yg meracau... hahahaha...


*nukilan ko nih menarik, bang.! melihat dunia dalam perspektif yang berbeza.!

...ada lagi.

orang keempat pulak kata, aku hanya tahu melukis. maka aku melukis gambar ikan.
...dan makmurla negara dengan segala jenis aktiviti ikan-dan-berikan...

:)

tasekM said...

yg aku nak kerajaan kawal ekonomi. kawal inflasi.
tak payah banyak la.
dapat kawal harga minyak pun cukup.
sbb bila minyak naik... habis la.
semua harga barang naik.
kuasa beli makin kecil.

nanti dicanang.
rakyat kena jimat cermat.
yang deme bermewah2.

kerajaan pun pandai.
bagi brim tu setahun sekali.
subsudi minyak hari2.

brim tu org nampak.
subsidi minyak tak berapa nampak.

hah... dah kenapa pulak aku cakap banyak nih..? haha.



.

Unknown said...

Org memberi kita merasa..ikan ke joran biar si pemberi pikir..kalau itu cara dia nak didik kita..suku sakat dia mmg di bagi joran..rakyat jelata di bagi ikan..sampai mampos aku kau dan mereka tahap gitu2 aje

LydSunshine said...

Dpt ikan pun, bukan setiap hari macam nelayan A tu. Ikan yang dapat pun ikan bilis je sekor. Ikan besar2 kaum keluarga je yang dpt. Tapi takpe la.. karang orang kata tak bersyukur plak. huhu. Dilema.

Anonymous said...

sepa : datang orang kelima sambil tersengih melihat kelaku rakyat jelata...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku suka ko punya ayat nih 'ikan' dan ber'ikan'...

macaam cantik je... berikan-memberikan.. eh, macam comel je bunyinyer... hahaha



TM,
Ada gak yang kata gomen sekarang macam robin hood.... dia kurangkan subsidi dan bagi cash kat orang awam...



Lola Momon,
Itu salah satu cara memastikan rakyat akan sentiasa bergantung kepada mereka, dan untuk terus dapat kena terus sokong...


LyDS,
kita yang dapat ni kena bijak. Kalau dia orang buat strategy macam tu, kita pun buat strategy kita... kita bagi kita ambik, dia suruh kita buat 'dono' je dah.. hahaha... wuih.. aku ajar ko buat jahat la.... ko jangan buat tau!

Nizam.Ariff said...

SM,
Hahaha... yang ke-5 tu ko la ....

Unknown said...

Kalau macam tu..depa ni la budus..sapa cakap kalau terus dapat akan terus sokong?? Tak gitew??

aza ni said...

betul ,dah bagi; ambil, tak bagi ;mintak,dapat; terimakasih, tak dapat ;tanya.
mudah kan....

Nizam.Ariff said...

Lola Momon,
cer baca komen AMN, aku setuju dgn dia...



Azani,
Betulll.... setuju....
kita jangan jadi rakyat yang cepat berpuas hati... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com