Kami tidak terlalu tua untuk berembun dan menikmati beberapa gelas air dan semestinya salah satu daripada bergelas-gelas minuman itu ialah secawan teh tarik. Barulah namanya sessi mengeteh.
Pada satu malam minggu yang ditetapkan, aku pun merayap mengikut lorong berbitumin hitam pada jam 11pm menuju ke sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam. Aku tersilap restoran kerana ada 2 cawangan restoran itu di tempat yang sama.
Sesampai di cawangan yang betul, seorang kawan (Sam) bertanya, kenapa tak guna lokasi GPS yang dia SMS. Aku pun keluarkan telefon bimbit aku yang kurang pintar dan aku tunjukkan kepadanya... mereka semua ketawa. Tak mengapalah...
Kemudian, mereka berbincang topik-topik yang sukar aku mengerti. Aku seperti telah tertinggal gerabak keretapi. Seperti mereka telah berbincang sebelum ini. Bila aku cuit salah seorang kawan dan bertanya, dia tanya aku semula, kamu tak dapat 'WhatsApp' kita orang ke? Aku tunjukkan semula telefon yang kurang pintar aku. Dan aku pun ditertawakan lagi. Tak mengapalah...
Malam itu kami bersembang dari jam 11pm sampai 4am. Aku yang minta diri pukul 4am sebenarnya. Mereka masih rancak bersembang ketika itu. Mungkin mereka menunggu subuh untuk berjamaah agaknya. Semasa aku bangun, aku tepuk bahu kawan (Mun) yang duduk di sebelah aku. Aku bisikkan 'nanti bayarkan aku punya tau'. 'No problem' katanya yang bakal bertugas di Dhubai sikit masa lagi.
Pada sessi mengeteh kali ini, kawan-kawan lebih besar jumlahnya. Biasanya hanya kami berlima atau berenam tetapi pada kali ini seorang kawan yang bekerja di Abu Dhabi (Man Panjang) bercuti dan pulang ke Malaysia. Demi meraikan kepulangannya itu (yang masih bujang), kami dan kawan-kawan yang berhampiran di Lembah Klang mengajaknya mengeteh sambil bertukar-tukar pengalaman.
Kebetulan pula di meja sebelah ada sessi mengeteh 'junior' kami. Ramai juga mereka, seramai kami juga atau lebih. Aku tak berapa kenal sangat tetapi oleh kerana mereka itu 'junior' maka menjadi adatlah mereka yang bangun dan datang untuk berjabat tangan dengan kami sambil mengucap salam. Geng mereka juga habis awal. Mereka bersurai dalam jam 3am. Jadi, menjadi adat jugalah mereka bangun dan bersalam dengan kami sebelum beredar.
Banyak topik yang dibualkan. Dari hal-hal kerjaya, pengalaman hidup sehinggalah kepada politik. Manakala aku berbincang dengan seorang kawan (Mun), meminta pandangannya tentang Knowledge Management. Dia berikan tiga petua:
- Do not formalize coaching process.
- Do not ask them to implement the knowledge. Instead, embed the knowledge into processes.
- You may need to have connecting agent for knowledge management.
.
13 comments:
Bagus jgk sekali sekala mengeteh yg memberi manfaat...tp kalau lepak yg takder isi sampai kul 4am..sian lak bini dok tunggu kat umah kan...hehe
aduih hanset kita samalah. saya punya hanset tak bertukar selagi anak tak mumaiyiz. biarlah nokia x6 cabuk, asal buat kuat melawan campak oleh anak. hehehehe
Knowledge Management ini agak bidang baru juga kan? Kawan saya menuruskan project ini di bawah Biomass-SP.
Saya tak faham sangat, tapi more sustainable of knowledge kan?
Walaupun keluar mengeteh, aku tidak mengeteh..sebab aku mmg as usual, meneskepe.
Takpa..
Esok kau pergi beli Samsung Galaxy S4.
Maka tidak lah kau tercangak cangak ketinggalan keretapi lagi...:P
Jam, boleh bagi alamat restoren yg ada laksa Johor tu tak? Esok nak ngeteh kat Shah Alam dgn pak Zahan dan anak anak dia.
hp saya tak install game, apatah lagi GPS, whatsApp, instagram dan pelbagai maknenek...
ummuaidan,
dah mintak green light siap2 kat wife... hahaha
forskning beta,
lebih kurang macam tu la..
objective KM ni cemana nak capitalize kan organizational knowledge yg ada.. kalau capitalize kan tu maknanya buat duit dari knowledge la...
Daddy Ziyyad,
bajet tak ada... tunggu ada org sedekahkan S.G 4 tu...
cklah,
alamat tak tau, GPS tak tau.
Tapi landmarknya macam yang dalam entri tu la... rasa2nya boleh jumpa tu...
sudip,
aku bukan tak nak install tapi tak boleh... hahaha
aku pun hampir2 tersilap, nak amik remote aircond tapi teramik hp ko..kahkahkah
Belilah satu smartphone.. boleh memblog selalu.. hehe
Belilah satu smartphone.. boleh memblog selalu.. hehe
BK,
Ahh!Ko memang..
dak ai,
tak bleh... huruf kecik bebenor
Silatulrahim makin kukuh
Mungkin jadi asbab untuk tahajjud malam..
salam kat kengkawan, bro... salam dr Miri. :)
.
eh, seingat aku, last aku turut mengeteh nih, tahun 1997. lama tu... hehehe
.
aku nya samsing gak, ada game snake carrom jewel...dah tu aje...camera,vid elek....rm 65
Post a Comment