Saturday, June 22, 2013

Monolog di tengah-tengah malam...

.

'Entah kenapa agaknya, aku rasa mata aku pedih. Bukan asap jerebu yang menerpa, bukan juga pasir-pasir halus yang dibawa angin malam. Entah kenapa, hati aku rasa terhiris. Bukan kerana drama TV yang aku tonton, bukan juga sesuatu peristiwa telah terjadi kepada aku. Entah kenapa, rasa pedih dan terhiris itu muncul di tengah-tengah malam begini.

Gastrik agaknya...

Hmm... megi? Tak nakkkk! Dah malam. Takkan nak makan megi lepas tu masuk tidur. Kalau dah makan, tak boleh terus tidur. Kenalah goyang-goyangkan badan sikit, dapatkan peluh. Tapi, takkan nak berpoco-poco di tengah-tengah malam begini. Nak berjoging? Nanti hilang pula rasa mengantuk dan masa tidur aku mungkin teranjak ke pukul 3 pagi.

Sebelum itu, kenapa aku jaga lewat sampai begini? Aku siapkan tugasan terakhir untuk kuliah. Harap-harap, inilah usaha akhir dan aku tak perlu habiskan hujung minggu aku lagi ke kuliah. Cukuplah. Noktah.

Kemudian, apa yang akan aku buat untuk hujung minggu yang bakal kosong nanti? Aku akan kutip balik sisa-sisa masa yang aku lepaskan dulu. Aku terjah blog kawan-kawan, alangkah seronoknya mereka itu, dapat pergi sana sini, dapat buat pelbagai aktiviti di hujung minggu bersama-sama keluarga.

Ya, aku rasa hampir 2 tahun batang pancing aku terperuk di dalam bonet kereta. Aku rasa tali tangsi (nylon) pancing itu pun dah reput. Sekali kena sentap dek ikan laga pun boleh putus sedangkan dulu kalau setakat ikan gemang 2 kilogram aku boleh henjut senang sahaja.

Apa lagi?

Entah... nanti-nanti aku fikirkan dalam tidur. Selamat malam semua. Aku bakal muncul di persada dunia setelah beberapa tahun menghilang dibalik siang."




.

4 comments:

sepa said...

sejak bila ko kaki pancing bang? set golf tak berkarat? hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku tak main golf... aku mancing je...betul

Dr K said...

Mata kau pedih, bukan perut yang pedih. So ia bukan gastric. :)

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
err... jerebu kut... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com