Saturday, June 22, 2013

Monolog disatu senja

.

'Dari pagi tadi sampailah ke petang ini, jerebu surut naik - surut naik. Tengahari tadi, aku ke Floria di Putrajaya, aku pakai topeng muka. Walau pun pagi tadi jerebu di sana agak pekat tetapi ketika matahari telah tinggi, jerebu-nya tipis sedikit. Mungkin kerana udara sudah panas maka asap jerebu itu pun berolak naik ke atas, meninggalkan ruang yang cukup untuk aku bernafas di bawah-nya.

Tapi aku masih memakai topeng muka ketika di Floria. Kerana apa? Bukan kerana jerebu tetapi kerana mahu menutup muka. Dengan harapan, aku kenal orang tetapi orang tak kenal aku. Topeng mulut dan cermin mata jenis transition (cermin menjadi gelap bila cahaya terang) adalah kombinasi camouflage yang agak menjadi.

Eh, daripada siapa aku nak sembunyikan diri? Bukan ada orang kenal aku pun. Bukan aku ada tempel wajah aku di mana-mana pun. Bukan aku pernah masuk TV atau u-tiup sampai jadi selebriti pun. Entahlah, aku pun kurang pasti daripada siapa aku nak selindung.

Aku rasa ianya berkenaan dengan keyakinan diri. Ya, ianya mungkin tentang tahap keyakinan diri. Mungkin inilah natijah-nya jika terlalu taksub nak asingkan diri, anti-so-sial konon-kononnya. Menjadi terlalu takut dengan sesiapa pun.

Kalaulah ada psychiatrist atau ahli psikologi yang membaca petikan aku ini, tentu dia boleh buat psyko-analisis terhadap aku. Mungkin juga dia akan katakan aku ini pada masa kecil dulu pernah kena buli secara seksual ganas, pernah tertekan kena buli, dimomok-momokkan.

Hahahaha... aku ketawakan sahaja kalau itulah telahan mereka.

Kerana apa? Kerana aku memang suka memakai topeng. Bukan sekadar topeng mulut dan hidung itu. Aku suka memakai topeng kehidupan. Kehidupan orang lain. Dan aku tak suka orang memakai topeng hidup aku... hmm.... adakah ini satu jenis penyakit mental?

Whoa.. whoa.... aku seorang pesakit mental?




.

5 comments:

nae nematoda said...

rasanya , tak sampai lagi tahap nak jadi 'pesakit mental ' ...haha

Nizam.Ariff said...

Nang,
belum lagi ek?
baru bunga-bunga ketaksuban kut....

gadisBunga™ said...

kalau aku pakai topeng, aku cuma kene mekap tang mata je. bedak takyah pakai, bukan ada orang nampak pun!

sepa said...

hang pakaila topeng bro, tp bila jalan, jgn langgaq tiang na.!

Nizam.Ariff said...

GB,
Hah... jimat tuuu... hahaha


sepa,
topeng aku kat mulut dan hidung je...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com