Wednesday, June 19, 2013

Padang Jarak Padang Terkukur...

.

Padang yang gersang, panas membahang.

Hasri memandang langit kelabu tetapi cerah. Haba panas terasa sungguh. Tekaknya selalu cepat kering, tidak seperti musim semi sebelum-sebelum ini yang tekaknya membasah hingga ke tengah malam dan kadang kala hingga ke subuh, segelas air sejuk belum tentu boleh melembabkan bibir merekah.

Bagaimanakah Hasri lakukan untuk teruskan gemilang hidupnya?

Tiada bicara biasa-biasa yang boleh berikan petunjuk mahu pun rangsangan. Dia mungkin perlukan bicara yang luar dari biasa untuk merangsang semula pacuan hidup. Rangsangan itu perlu dimulakan di minda, barulah proses rangsangan itu menjalar ke segenap jaluran urat ke segenap hujung tubuh.

Hasri lihat sekeliling, tidak ubah seperti sebuah iklan kapal terbang dalam TV itu, manusia-manusia berjalan sambil mengheret beg. Ada yang berjalan pantas, ada yang berjalan perlahan. Ada yang mengheret beg besar dan ada yang menggendong beg lebih kecil. Setiap mereka itu terikat dengan beg masing-masing. Yang membezakan mereka itu ialah kecil-besar saiz begnya dan pantas-perlahan mereka berjalan.

Kemanakah mereka itu?

Mereka itu berjalan menuju ke satu arah. Walau pun kemana mereka berpusing atau berpaling, mereka itu, pada hakikatnya, berjalan menuju ke satu arah sahaja. Mereka sedang berjalan ke arah kematian bersama-sama dengan beg masing-masing.

Di dalam beg-beg itu tersusun segala macam cerita dan peristiwa, juga pengalaman mereka sejak lahir sehinggalah mereka sampai ke destinasi. Dalam perjalanan itu, mereka akan ambil sesuatu lalu menyimpankannya ke dalam beg tadi. Ada yang hanya mengambil sedikit cerita dari dunia untuk disimpankan ke dalam beg. Ramai yang mengambil banyak cerita sehingga seolah-olah beg itu hampir penuh tetapi hakikatnya beg itu tak akan pernah penuh.

Di hujung perjalanan itu nanti, masing-masing akan bukakan beg di hadapan Tuhan... dan segala yang dikumpulkan itu akan bercerita.


Hasri?

Hasri sedang berfikir bagaimana mahu untuk mencurah segala isi beg itu. Supaya nanti yang hanya diceritakan adalah tentang betapa gersangnya dunia, betapa kering kontangnya kehidupannya. Dan berharap agar diberikan sekolam air minum buat membasahi tekak ketika di dunia sebelah sana. Bagaimanakah?

Semestinya Hasri minum bersama-sama Nita.






.

9 comments:

Kniedaz said...

patut awal-awal lagi dah minum

Umm AA said...

Nampaknya hasri kena banyak mengumpul isi beg tuh untuk dicurahkan kesana nanti..

sudipVSsenduk said...

anda pasti Nita? yakin? nak kunci lirik?

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
manusia lalai... huhuhuhu


ummuaidan,
banyak pulak nak menjawab nanti...


SVS,
Hasri pasti dan Hasri sudah suruh Nita kunci hatinya... hahaha

sepa said...

brader.!!!!
...ko nak makcik Wok kacau Dino ker.?!...

.
ko tunggu dlm drama bersiri d gerai makcik Wok yer... hahaha


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
dino itu sepi yang indah.... janganlah di ganggu ketenangannya...

tolonglah...

tolong...

aku merayu padamu....

sungguh-sungguh aku rayu, aku rayu sungguh-sungguh... jangan ditegur dia yang tenang dan sedang bertafakur ....

hu hu hu

sepa said...

alah ko nih! terpaksa la ubah pulak plot eh....

tasekM said...

'ambillah serban labuh ini...'.
sila simpan dlm beg.

:)


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
hahaha... lembut juga hati ko kat rayuan aku ek...



TM,
baik ostazahh...

eh, tetiba teringat aku kat Tijah bila sebut pasal ostazah2 nih...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com