.
Selama ini, aku makan hati dengan taik kucing belaan jiran jiran. Bukan tak suka kucingnya. Kucing kucingnya manja, cantik, geram, gebu. Aku tak tahan dengan sikap beraknya dan sikap tuannya yang tak kisah. Memanglah kucing itu binatang kesayangan Nabi. Tapi sikap menyusahkan hati jiran, silap silap nanti elok elok on the way nak masuk syurga, kakinya kena tarik, melekat tak boleh masuk. Ibadahnya yang lebih banyak daripada aku nanti pun belum tentu boleh menjamin senang nak masuk ke sana dek hak jiran yang dipandang remeh.
Dulu aku terfikir kalaulah ada anjing berkeliaran, mungkin tuan punya kucing akan kurung kucing kucingnya. Nah! Sehari dua ni ada anjing berkeliaran. Mungkin kata hati aku didengariNya.
Tapi aku silap satu perkara. Anjing lebih besar daripada kucing. Sayugia tahinya pun lebih besar.
Dan sekarang, selain daripada tahi kucing, kini ada pula tahi anjing!
Besar besar. Lebih busuk pula tu! Alahaiiii....
.
8 comments:
salam. I'm still alive u know hehe..
apa kabar dan selamat menyambut ramadhan.
Taik kucing? Aku dah lali.
Sapa pulak bela anjing..
Selamat menjalani kehidupan di bumi..!!! ^_^...
dulu masa tinggal di awangan tak merasa keseronokan sebegini...kan?
KakPah,
Selamat menyambut Ramadhan...
Dulu mutawasitah je.. sekarang dah naik taraf ke mughallazoh kak... huhuhu
Dak Ai,
Anjing liar tu... tak de rantai leher pun...
Ashley,
"Akulah penyair yang turun dari gunung, beratus tahun telah kududuk di situ, kini kuturun ke lembah, melihat manusia..."
Pernah dengar lagu tu?
binatang belaan slalunya mencerminkan tuannya. observe.. heee..
Niz,
lirik mcm familiar..lagu dan melodi tak ingat...nak kena dengar la...
'Niz' tu panggilan baru.. sempena nak nyambut ramadhan ni.
aku harap takde la pulak biawak melintas depan rumah kau! hahaha
cinta,
ye ke?
nanti aku observe...
Ash,
Niz??? Kakakaa...
habis terasa macam artis nyanyi lagu raya je...
Daddy Ziyyad,
kalau ada biawak, aku suruh jiran pikul. biar dia tahu macam mana rasanya memikul biawak hidup.. hahaha
Post a Comment