Aku dah pendamkan hasrat nak memancing ikan itu agak lama. Tapi, kalau bukan musim padi masak, jangan harap nak memancing ikan di sawah sebab air sawah masih banyak melimpah. Ikan puyu dan haruan bersepah-sepah kedudukannya serata bendang. Bila air sawah dikeringkan kerana padi sudah berbuah, ikan-ikan akan 'dipaksa' untuk berkumpul di lopak-lopak air atau londang, dan juga di kolam. Musim itu sudah tiba...!
Dan idea untuk memancing semalam sejujurnya disebabkan Ariff terjumpa seekor 'bakal' ratu kerengga yang telah bersayap. Seperti yang aku katakan, kerengge bersayap ini menjadi salah satu umpan kegemaran ikan-ikan sawah. Kalau dalam dunia kita, dapat makan kerengge ini umpama kita dapat makan pizza + extra cheese...
Aku panggil ini anak kerengge walau pun sebenarnya dah nak jadi mak kerengge. |
Aku cuba cari sarangnya tapi kebanyakkannya dah kosong. Kalau banyak, sedap juga memancing guna umpan ini. Kalau tidak, cacing saja la..
Anak kerengge setelah dicucukkan pada mata kail subjek sengaja dikaburkan kerana foto agak mengerikan. |
Di sinilah tempat aku memancing pada kali ini. Ianya sebuah kolam ikan lama. Kalau sawah kering, anak-anak ikan akan dikutip dan akan dipindahkan ke dalam kolam ini supaya dapat terus hidup. Jadi, apabila sampai masanya, kami akan pancing ikan-ikan itu...
Kolam ikan ini telah berusia lebih 25 tahun... |
Baru letak sahaja umpan anak kerengge ke permukaan air, seekor puyu menyambar lalu dibawa masuk ke celah-celah ranting kayu yang terendam dalam air. Sekali sentap sahaja, umpan anak kerengge pun hilang. Itulah kekurangan umpan anak kerengge ini. Ia senang terburai dan cepat habis berbanding dengan umpan cacing tanah.
Mahu tidak mahu, aku terpaksa suruh Ariff pergi ambil sebatang cangkul dan cacing tanah menjadi umpan seterusnya..
Cacing tanah yang segar dari ladang.. masih menguit-nguit dan merah |
Cacing tanah yang telah menjadi umpan... geli? Kalau nak memancing, jangan nak geli-geli... |
Selang beberapa minit setelah umpan dilabuhkan, naiklah beberapa ekor ikan sawah yang biasa-biasa ... yakni ikan Puyu dan ikan Haruan..
Kepada yang tak kenal, inilah ikan Puyu atau ikan Betok atau ikan Kereta Kebal.. |
Ini anak Haruan. Tak sangka dia pun nak makan cacing... Selalunya jarang makan pancing kerana ikan ini sensitif kepada kalibat manusia... dah lapar sangat kut. |
Warna ikan Puyu yang ini agak berlainan daripada yang pertama tadi. Mungkin ini ikan Puyu spesis lain kut |
Aku ada dapat beberapa ekor anak Puyu lagi di londang lain pula. Nanti aku tunjukkan videonya. Dan ikan-ikan ini bakal aku goreng dan dicelur dengan Sambal Santan.
.
16 comments:
sambal santan tu camna buat? sedap ke? try bubuh gambar n resepi hehehe
Kniedaz,
Ok.. kalau dah masak.. dah kalau teringat, IsyaAllah aku kongsikan di sini...
Hu.. lama tak mancing. Bila baca blog teringin pulak..
Dak Ai,
Apa lagi, carila satu hujung minggu... tasek kat tempat aku ni pun aku belum cuba lagi nih...
Besar ikan puyu tu...Dulu ayah aku ada bela ikan puyu, beli kat kedai...jenis yg lonjong badannnya...
Tak tergamak pulak aku nak makan ikan puyu..
DAddy Ziyyad,
kalau dah lonjong tu, puyu tu kurus ... kalau gemuk, puyu tu bulat2... daging pun banyak..
Puyu tu kaut lebih sikit...boleh pekasamkan. Haruan...keringkan. Bawa mai sini.
.
.
.
Ini arahan pihak atasan!
Kakakaka...
Jangan ngengada makan sorang jer.
Ash,
Arahan dah terlambat diterima..
kakaka....
Bkyknye ikan...suka tgk...
Henrietta,
kalau suka tengok, makan pun mesti suka...
saya suka makan ikan! :)
Miza Lee,
aku suka makan semua (yang halal)... hehehe
Tuan, di mana lokasinya ya? Terima kasih :-)
Rosly.
Itu di kampung aku...di daerah hilir perak byk bendang.
Hafiz
Ada tak umpan selain cacing ..
sy suka guna bahan letupan bila nk tangkap puyu....dalam 1/2kg bahan letupan biasanya...
Post a Comment