Friday, July 26, 2013

boikot buffet ramadhan, jom?

.

Pendapat yang mengatakan buffet ramadhan di restoran dan hotel hotel lebih menjurus kepada aspek mengkomersialkan agama berbanding aspek ibadah, aku hampir terima bulat bulat.

Kalau mahu anjurkan juga, kenapa tak dibuat di masjid masjid atau surau surau atau di dewan dewan asrama?

Oh, itu kurang memberikan impak keuntungan kepada pengusaha. Jadi benarlah bahawa aspek ibadah berbuka puasa sudah dikomersialkan. Melambai orang islam agar terjerumus dalam 'lampiaskan nafsu anda dengan lebih 150 jenis juadah pada harga hanya rm66++'.

Mungkin mereka kata, 'kami tak suruh makan semua, mereka patut pilih yang mereka mahu sahaja'. Itu samalah seperti meletakkan madu di dalam mulut tetapi disuruh jangan ditelan, disuruh luahkan.


Sudah sampai masanya ibadah berpuasa tidak digunakan untuk komersial. Kekalkanlah ia itu ibadah untuk menjaga jiwa daripada nafsu.

Katakan 'TIDAK!' kepada buffet ramadhan yang bersifat komersial.




.

12 comments:

syifa said...

ouh. taktau pulak cmni jadinyerr. Okay. say no to comersial our religious.

Anonymous said...

tapi aku kurang setuju dengan "mengkomersilkan agama" tu. aku lebih cenderung nak mengatakan pengusaha hotel (atau restoran) ni cuma nak ambil kesempatan atas budaya orang kita. budaya yang datangnya daripada tuntutan agama iaitu `berbuka'.

agama tak suruh (maaf, betulkan kalau aku silap) kita berbuka dengan acara serba meriah, penuh makanan atas meja sebab ada perkara lain yang lebih penting berbanding makan. tapi tu la budaya orang kita. makan, makan dan makan.

jadi, sebagai golongan peniaga, mereka melihat ini sebagai satu peluang nak mendapat untung (pemikiran yang sama macam peniaga kat param) segera dan bermusim.

apahal aku komen panjang2 ni, dah boleh buat satu entri pulak... hehee...

Ujie Othman said...

yup, saya agak tak setuju buffet ramadhan sbb ia tak selari dgn roh Ramadhan. Mcm satu tafsiran..
Ramadhan = bulan makan mcm2, sdp2, byk2!

apapun, ada demand..ada supply. Kena jaga diri sendiri agar tak terpedaya dgn godaan buffet.

nae nematoda said...

lain orang , lain style dia nak raikan Ramadhan tu , so maybe dia nak raikan bukak puasa di hotel yang jarang-jarang dibuat pada kebiasaan, so just celebrate kat hotel...tapi masalah pembaziran tu , mmg patut dielakkan...ok , tu pendapat aku je...tp bagi aku , bukak puasa mana-mana sama je , asalkan dengan family kita , tu yg nikmat :)

Umm AA said...

betul tuh..
dah tu plak, bila gie buffet tuh bknnya sempat nak berterawih haper..asyik dok lepak sambil abeskan makanan..

ASH said...

sila bawa anak anak yatim dan orang gelandangan ke buffet Ramadhan di hotel...
.
.
.
dan teruskannya di bulan bulan bulan lain juga.

hehehe

Dr K said...

Ramadan tahun hadapan, andai Allah masih beri umur pada kita...jom kita gerak gempur " Basmi Buffet Ramadan" :)

Nizam.Ariff said...

Syifa,
Semampu yg boleh kita hindar.


Smbotak,
Ya, ko lebih tepat tapi aku biarkan utk exagerate...


Ujie,
Sama sama brusaha...

Nang,
Apa pun sebabnya, jgn dilupa ruh ramadhan itu ...

Ummu,
Itu pun juga yg aku lihat...

Ash,
Hah, itu yg sebaik baiknya tapi mengajar anak anak untuk mengecapi nikmat secara begitu mgkn tidak kena...

Daddy ziyyad,
Masuk je ramadhan, kain rentang dan t shirt dah sedia... hahaha

aza ni said...

buka aa ari ni?

tasekM said...

apa2 pun kan...
aku tak pergi buffet ramadhan ni sbb aku tak berapa nak berduit.
itu pasti..

haha.



.

t.a.t.a said...

saya pun join kak tasek. tak join buffet sebab bagi saya buffet ni mahal RM per kepala. berapa sangat makanan yang kita makan pun. perut kita bukan tong. lain la kalau boleh tapau.

terkocoh-kocoh nak solat. solat dalam keadaan terburu-buru, apa barang?

Nizam.Ariff said...

TM,
Tu la... hari tu aku makan roti canai 3 keping. Kenyang gak perut aku. baru rm3..


Tata,
yup, bukan boleh makan banyak2...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com