Tuesday, July 2, 2013

Genjer - sejenis sayur yang jarang orang makan ...

.

Ada orang panggil ia 'Paku Rawan' tapi aku panggil 'genjer' sahaja. Aku tak tahu orang di daerah lain panggil pokok ini apa.


Selain daripada nama Genjer dan Paku Rawan, apa nama lain dia?
 
 
Tumbuhnya banyak di tanah selut dan hidup subur di tanah yang berair. Kadang-kadang, dalam longkang pun aku pernah nampak. Dengan kata lain, ia sejenis tumbuhan air.
 


Hidup subur menumpang baja Urea yang ditaburkan untuk padi.
 

Di kampung aku, pokok ini tumbuh banyak di sawah-sawah. Malah, ianya menjadi musuh kepada anak padi kerana daun lebarnya itu menaung cahaya matahari jika mereka itu tumbuh rapat-rapat. Ia ada bunga berwarna kuning dan apabila matang, ia akan berbiji. Daripada biji inilah ia akan tumbuh.
 
 
Pucuk mudanya boleh dibuat sayur..

Walau pun ia dikatakan musuh kepada pokok padi di sawah, pucuk mudanya boleh dimasak dan dimakan. Ada dua jenis pucuk yang boleh dimakan. Tangkai bunga mudanya dan tangkai pucuk daun mudanya. Foto di atas tu ada nampak dua jenis tu. Yang kudup kuncup itu jenis daun dan yang bulat macam anak panak tu bunga mudanya.



Pangkal pucuk itu berwarna merah jambu atau pink... lebih lembut dan lebih sedap
 
Rasanya agak pahit. Untuk hilangkan sedikit rasa pahit itu, biasanya pucuk-pucuk ini direndamkan ke dalam air dicampurkan garam buat seketika. Kalau nak kurangkan lagi, ramas-ramas sayur ini dalam air garam tadi. Pahitnya datang daripada sejenis getah, kalau dibuang getah itu, akan kuranglah rasa pahitnya.
 
 
Ini contoh pucuk muda yang keluar dari pangkal pokok. Nampak macam pendek
tetapi sebahagian batangnya yang berwarna merah jambu ada tersorok di
dalam tangkai induk.
 
 
Biasanya, aku masak sayur ini dalam 3 jenis: masak lemak putih, tumis belacan dan direbus sahaja untuk dicicahkan dengan sambal belacan. Sekali-sekala, kalau ada, sayur yang direbus boleh menjadi sebahagian daripada ramuan berdaun untuk Pecal. 
 

Orang kata, sayur ini bagus untuk awet muda...






.

17 comments:

Qashmere said...

Macam beetroot ... nama genjer macam takot..macam GANJA..hahaa

Nizam.Ariff said...

Qashmere,
Ganja..? Hahaha...

sudipVSsenduk said...

mana hasilnya setelah dibuat lauk?? Mana?!!

Nizam.Ariff said...

SVS,
sabor... malam ni baru nak masaknya.

semalam tunjuk lauk, hari ni tunjuk sayor. esok baru tunjuk lauk dan sayur siap dimakan... hahaha

Kniedaz said...

Selalu buat ulam je tapi saya tak makan hehehe...MIL je yg makan..

aza ni said...

awet muda ye?

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
mana aci.. makanlah sekali...



azani,
orang kata...
tapi kalau dah tua baru nak amalkan, dia jadi awet tua...

Kakzakie Purvit said...

Kakak ni org kampung betul-betul kampung tau tapi boleh tak tahu ianya boleh dibuat sayur. Dekat Johor macam tak pernah nampak org jual ganjer itu yg kakak tak tahu. Kalau GANJA ramai yg dah kena tangkap di Johor nie:)

Dr K said...

serious, aku baru tau pasal sayur ni.
tak pernah makan
1ts time tgk dlm blog kau.

Nizam.Ariff said...

kakzakie,
eh.. pelik gak tu... mungkin tak ramai yang suka kat sana kut...



Daddy Ziyyad,
Hahaha... ko cuba la cari kat pasar tani... mungkin ketemu...

ibundo said...

Pokok ni dulu tumbuh subur dalam kolam ikan aku. Bibik aku cakap boleh buat ssyur. Aku cuma h'a?? Ye ke. Lama2 pokok tu makin tak hiduo. Aku syak bibik aku goreng masa aku tak ada haha...

PutriPurnama said...

ini pokok keladi buntingkan,tapi jenis jantan.saya pernah dengar ia boleh dibuat sayur, tapi tak pernah cuba.mungkin ini x lah, hehehe.Tq zam.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Hah! aku rasa pun sama, dia dah goreng.... hahaha



Puteri Purnama,
Keladi bunting?
Rasa-rasanya bukan... aku kenal keladi bunting dan ini bukan rasa2nya... tak tahu lah kalau orang belah sana panggil keladi bunting...

HeNRieTTa JoSe said...

Mcm pernah nmpak pokok nie...dalam tali air area kedah perlis...xtaw plak bleh makan...

Nizam.Ariff said...

Henrietta,
elok la tu. lepas ni kalau nampak lagi bolehlah petik dan sayurkan pokok tu ek....

ASH said...

Aku pun panggil genjer gakkkk...
Mak aku rajin gak masak.
Aku rajin makan jer.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Yeay...!
Ada geng dah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com