Wednesday, July 3, 2013

Ikan di sawah, asam di pokok... dalam periuk bikin muafakat...

.

Dua entri sebelum ini, aku menulis tentang memancing ikan sawah dan sejenis sayuran kampung yang aku panggil 'genjer' atau paku rawan atau... aku tak tahu. Malam tadi, Mama masakkan salah satu resepi istimewa keluarga aku.


Puyu dan Haruan di goreng dan disimbah dengan kuah sambal bersantan

Aku panggil ini Sambal Santan kerana sambal tumisnya bersantan dan ianya adalah versi Jawa. Kalau Sambal Santan biasa, ianya aku rasa lebih kepada sambal bilis atau udang atau sotong yang dimasukkan santan. Sambal Santan versi aku ini adalah versi Jawa.

Aku pernah tulis tentang ini dalam entri sebelum-sebelum ini. Sebenarnya, ianya macam masak lemak cili api. Bezanya, kami gunakan ubi Cekur dan daun Cekur, dan bertumis. Ubi cekur, sedikit halia, cili padi sehangat rasa, bawang merah, bawang putih, kunyit dan ikan bilis ditumbuk halus. Tumiskan semuanya.

Sesudah naik bau, masukkan sedikit air dan kemudian masukkan santan kotak. Kalau guna santan kelapa 'fresh' diperah, masukkan dahulu santan cair dan apabila sudah menggelegak barulah masukkan santan pekat. Hiriskan daun Cekur yang muda dan taburkan. Kalau ada daun kunyit, lagi baik. Hiris dan campurkan sekali. Asam keping dan garam secukup rasa. Ikan tu boleh digoreng atau dibakar atau disalai, kemudian dimasukkan sekali sejurus api dimatikan.

Dan lawannya...



Genjer celur dan pucuk betik, juga dicelur.

Genjer itu direndam di dalam air garam dalam 30 minit sebelum di celur sehingga layu. Pucuk betik itu sebenarnya diambil dari pokok betik yang aku tanam di depan rumah. Bunganya asyik tak mahu melekat. Jadi, aku ambil keputusan untuk disayurkan sahaja pucuknya dan aku buang popkok betik itu.

Genjer itu agak pahit rasanya. Pucuk betik pula sememangnya pahit. Tapi sekali-sekala, apa salahnya makan pahit-pahit ini. Orang kata, ubat.  Panadol pun pahit juga... cuma orang tak pernah cicahkan Panadol dengan Sambal Santan untuk dimakan dengan nasi...





.

14 comments:

Batu Adventure said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Nizam.Ariff said...

Batu Adventure,
Salam kenal jua..

Miza Lee said...

ikan di sawah, asam di pokok..dalam periuk bikin muafakat..ayat nie lain macam je..huhu.. :)

cinta said...

entri ni nak copy. nnti nk cuba. boleh?

Nizam.Ariff said...

Miza Lee,
Ya, lain sikit sebab ikan ini ikan darat, bukan ikan laut.... hehehe



Cinta,
Boleh... silakan mencuba dan nanti beritahu macam mana rasanya...

Nizam.Ariff said...

Cinta,
Sila lihat entri aku yang ini...

http://akuyangakut.blogspot.com/2012/07/secekuh-udang-gamit-minta-cekur-diberi.html

Ada resepinya...

SuzieLAWAti said...

ni bukan masak "pechel" ke org jawa cakap... sedap nya lama tak makan.. tak de org nak buat... kat kedai pon jarang2 jumpa...

Nizam.Ariff said...

CPL,
Rasa-rasanya pacal tu la.. ada perasa cekur, kan?

Tapi bagi kami kat sini 'pechel' tu ialah Pecal

Dr K said...

kau pernah try panadol campur coke? hahahaha....

nampak mengancam jugak ikan puyu tu masak macam tu...

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
kawan aku pernah tapi aku tak pernah tengok pun... hahaha

Su @ Aya said...

nampak sedap... nanti nk cuba juga la. daun cekur ada jer tp tk tahu nk buat aper..

Nizam.Ariff said...

Su,
Daun cekur tu boleh dibuat macam daun kunyit juga, sebagai aroma dalam masakkan. Mak mertua pernah gunakan dalam kerabu dan dalam rendang...

ASH said...


Otai lalu lalang dengan kerlingan.
.
.
.
.
Macam familiar la lauk pauk gini..
Hehe..

Nizam.Ariff said...

Ash,
dah lama tak buat la tu....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com