Thursday, July 11, 2013

Sebuah puisi plastik ...

.

Aku beriadah di sebuah hipermarket yang terkenal. Itulah salah satu cara aku mendapatkan 10,000 langkah. Tanpa aku sedari, aku telah pun berpusing-pusing di dalam hipermarket itu berkali-kali, tak terkira sambil bermain-main troli pasaraya tersebut.

Ketika berjalan di lorong dengan rak-rak dipenuhi barang-barang keperluan dapur, Ariff membaca sesuatu. Aku hampirinya dan dia tunjukkan beberapa puisi di belakang plastik pembungkus. Ya, puisi di plastik pembungkus.



seperti merakam perjalanan hidupnya


seperti tak puas hati tentang sesuatu

Soalannya:
Siapakah yang menulis puisi-puisi itu? Dan kenapakah kilang itu mahu mencetak puisi-puisi itu di plastik pembungkus itu sedangkan itu adalah kos tambahan?


* puisi itu dicetak di bahagian belakang pembungkus plastik bungkusan.




.

12 comments:

Kniedaz said...

menggalakkan orang membaca kot

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
mungking juga...
tapi itu hanyalah plastik pembungkus makanan. Tujuannya macam tak kena je...

t.a.t.a said...

Tersalah cetak mungkin.

Jap. Nak imajin bapak budak main troli.

Tolak troli laju-laju pastu lompat. Weeeeeee........... sambil buat bunyi ambulan.

Cam tu eh?

Nizam.Ariff said...

Tata,
Haah... camtu la... buat macam skateboard... Mama tukang cubit perut sebab main2 camtu...

cinta said...

penemuan yg mendebarkan.

Nizam.Ariff said...

cinta,
setakat ni belum jumpa puisi bermotifkan cinta berahi lagi, tak debar sangatlah... hahaha

t.a.t.a said...

Rasanya maksud cinta tu mendebarkan yang menakutkan. Bukan mendebarkan lain.

Aiya.. puasa maa. Pemikiran pun kena puasa juga loh.

Nizam.Ariff said...

Tata,
eh.. ye lhorr... puasa maaa... nanti kena potong!

t.a.t.a said...

Kena potong markah. Ayat kena terang.

Nizam.Ariff said...

Tata,
ok..ok.. potong markah... hahaha

Temuk said...

Mungkin inilah gula puisi
Secebis dah manis
Tapi
Di bulan Ramadhan
Kenalah lebihkan.

Nizam.Ariff said...

Temuk,
mungkin juga agaknya...
kita tak tahu maksud asal si pemunya..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com