.
Sudah 2-3 hari brek kereta aku berbunyi kasar seperti ada pasir ketika membrek. Dan aku hanya anggap memang ada pasir yang masuk di celah-celah di antara brake pad dan brake disc, dengan harapan apabila pasir itu hancur, bunyi kasar itu akan hilang dimamah zaman.
Anggapan aku meleset!
Hari ini, pagi tadi, bukan sekadar berbunyi kasar. Pada kali ini, bunyi itu masih ada walau pun setelah aku angkat kaki aku dari memijak pedal brek. Ah! Brek aku sudah pandai menyalak tuannya...
Salakkan brek aku itu sukar aku fahami. Bila aku hentikan detik masa dan aku dengar satu persatu gema salakkannya itu, aku dapat susun satu persatu bait-bait suaranya...
"duit... duit.. duit", itulah yang dia jeritkan selama 2-3 hari ini.
Buat masa ini, aku takut hendak menekan pedal brek kuat-kuat. Jadi, aku main lajaknya sahaja. Apabila sudah terpaksa atau dekat, barulah aku tekan kuat-kuat. Semoga aku selamat ke rumah dan kembali ke tempat kerja... eh, terbalik ek? Begitulah kehidupan di kota.
.
10 comments:
kalau kereta tu boleh bercakap , memang dia panggil duit , duit , duit , kan ? hehehe
Nang,
nasib baik dia tak boleh bercakap kan? hahaha
dia mintak duit raya lah tu..
Suprima terusssssss
zam, kau balas la, nanti. nanti. nanti.
sebelum dia jerit ratus-ratus atau ribu-ribu, baik ko ganti cepat...
Kereta memang kena buat mentenen! LOL
SMM,
mana boleh... puasa pun tak penuh.. hahahaa
Jeb,
Huh... tak sanggup nak tambah senarai ansuran bulanan...
Tata,
ni tengah balas macam tu la nih.. jangan dibuatnya jem cukuplah..
SvS,
Errr.... betul gak tu..
ok.. hujung minggu ni..
Qash,
Orang juga perlukan mentenen.. hehe
eh.. kereta aku pun sejak akhir2 ni duk jerit gitu jugak, sakit hati dgr. masalh apa sbnrnya kalu gitu ek?
Su@aya,
Kena check brek la kalau gitu, takut pad dah nipis...
Post a Comment