Thursday, October 3, 2013

Cekal untuk berkhayal...

.



Sekawan Bangau putih terbang senja. Terbangnya menuju ke arah Barat. Menerjah jingga senja, seolah-olah mereka itu masuk ke segumpalan bara berapi. Tapi aku tahu, api senja itu hanyalah khayalan. Mungkin aku geram kerana mereka bisa pulang mencari tilam untuk bermalam, sedangkan aku hanya mampu mendongak ke langit jingga, merasai sekali gugusan angin petang yang masih panas hawanya.


Aku sedar, aku tak punyai sepasang sayap seperti Ayu Jannah. Kalau Ayu Jannah, sayap-sayapnya boleh melebar ke pulau-pulau, sayap-sayap itu boleh membawanya tinggi untuk terbang bersama-sama Bangau putih. Ayu Jannah itu figura yang mahu menjadi malaikat. Cuma... aku bukan Ayu Jannah. Aku tahu, aku tak boleh terbang.


Menikmati suasana senja jingga, dengan sekawan Bangau putih terbang ke arah Barat dan angin petang bergugusan menerjah muka, sungguh indah. Kalaulah boleh, aku mahu hentikan masa. Biarlah suasana begitu kekal sehingga kiamat - sehingga matahari yang mahu terbenam itu kembali naik ke Timur. Aku tahu, aku tak boleh hentikan masa.


Namun semua itu tidak boleh menghalang aku untuk terus menerbangkan khayalku, biarpun aku hanyalah seekor katak minyak...


Sayang, jika aku mahu terbang ke langit, aku boleh lontarkan badan ke udara dan berharap ada Helang yang menyambutku dengan paruhnya, lantas membawa aku terbang bersama-samanya. Tapi, itulah kali terakhir aku boleh terbang...dan kita tak boleh bertemu lagi selama-lamanya.


Jadi, biarkan aku terus berkhayal. Jangan pisahkan aku dengan khayal. Tanpanya, aku tak bisa ke mana-mana lagi. Hatta ingin melihat langit senja jingga atau menikmati gugusan angin petang. 






.

9 comments:

sepa said...

are you ok bro...?!

.

cahaya said...

http://ummuainni.com

langit senja akan tutup tabirnya bila tiba saatnya..

Lady Windsor said...

teruskan berkhayal..aku setuju dengan ko bro..dulu orang kata angan2 mat jenin kan..zaman sekarang kena khayal dulu..then jadi kenyataan..life is simple..go for it..ehh ini aku punya falsafah lah yer. maybe lain orang lain citer..

Nizam.Ariff said...

Sepa,
gua terasa jiwa kosong... macam nak berhijrah laa.... tapi tak cukup tenaga...


Cahaya,
bila itulah yang mungkin jauh dan mungkin dekat... tak pasti..


LW,
Aku terfikir nak ikut ko tapi aku ada segerombolan manusia yang perlu aku bawa bersama-sama... payah sikit...

t.a.t.a said...

kalau helang sambar kau, memang ia akan bawa kau terbang bersama ke mana sahaja ia pergi, kerana kau berada di dalam perutnya.

Nizam.Ariff said...

tata,
benar tu...

buku dah sampai ke blom?

t.a.t.a said...

oh sudah. aku sedang melayan mimpi² kau bila tiba² elektrik putus. maka aku pun terus menganyam mimpi aku sendiri.

thanks Dino!

Nizam.Ariff said...

tata,
oooo... ok la tu.
ingat jauh sgt tak sampai2...

t.a.t.a said...

1hb lagi dah sampai. asyik lupa aje nak inform. setiap kali nampak nama kau ingat, lepas tu lupa balik dah.

sorry sangat.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com