Saturday, November 9, 2013

Pondok tol ...

.

'Everything's gonna be alright 3x...no women no cry...'

Malam-malam begini, sejuk-sejuk yang semacam ini, lagu-lagu berjiwa tenteram dan memandu seperti cuka dan acarnya...saling membina 'flavor'.

Hasri melihat bintang berkelip. Bulan pula diganggu lampu neon. Hampir sama cerahnya. Dan gangguan neon itu semakin perlahan apabila semakin menghampiri pondok tol di lebuhraya itu.

Dalam banyak-banyak pondok yang berderet itu, hanya 3 yang berlampu hijau...dan Hasri terpaksa memilih kaunter tunai. Bukannya apa, Hasri tak mahu penyedia servis sistem kad pandu lalu menyimpan deposit kad dan mengaut untung di bank.

Dan hanya sebuah kaunter tunai yang dibuka...dan ada 5 buah kereta pula sedang beratur... Ahh! Sudah larut malam pun masih kena beratur. Hasri mengeluh kecil. Badan sudahlah penat, berbau hanyir pula kerana seharian belum mandi.

Hasri menoleh ke kaunter tunai yang paling hujung. Walau pun berlampu merah tapi ada kelihatan kelibat pekerja tol di dalam pondok. Tanpa berfikir panjang, Hasri piuh steering kereta ke kiri dan menekan pendikit minyak. Meluru keretanya ke kaunter paling kiri yang gelap tak berlampu.

Hasri turunkan cermin tingkap dan hulurkan sekeping not merah. Nasib baik pekerja kaunter itu masih mahu menerima Hasri.

'No women no cry...ooo...no women no cry.' Hasri menyanyi kecil sambil tangannya masih menadah duit baki di luar tingkap.

"Ini bakinya, bang."

Abang?!! Wow!

Hasri menoleh kepada gadis itu. Dalam balam-balam neon kuning, dia dapat lihat gadis berambut ikal itu tersenyum.

Tapi ada sesuatu yang kurang dalam senyumannya. Hasri julurkan kepalanya keluar tingkap. Ya, memang ada kekurangan pada senyuman gadis itu. Senyumannya sumbing...kerana sebelah muka gadis itu tiada!

Gadis itu julurkan kepalanya keluar tingkap pondok tol. Bebola matanya tersorok jauh ke soket mata. Hasri menggeletar. Mulut terkunci manakala telapak tangannya menadah ulat-ulat besar yang menggeletek dan meliuk-liuk...jatuh dari daging busuk di muka gadis itu...





.

8 comments:

Lady Windsor said...

Ceittt aku dah la baca entry ko memalam buta...lagi enam minit ja nak kol 1 pagi...hwaaaa sadissss la malam ini...

gadisBunga™ said...

lenkali masuk lagi tol yg ada lampu merah!

Nizam.Ariff said...

LW.
Ysng ko tu pun...suka berembun malam...haha.


GB.
Errrr...GB pun jgn begitu...tapi bolrh dicuba..mana tau jumpa dracula hensem lak....haha

LydSunshine said...

adakah sebenarnya tol tu tak wujud? Sepatutnya dia tak kena tol kalau gadis muka rabak tu tak ganggu dia.

sepa said...

ko punya saspen, menyiksa jantung la bro.! dahla aku baca malam hari...!!!

terasa jugak seram eh.!

apa2 hal... i like, bro...!


.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Pondok tu wujud tapi tutup...

Sepa.
Nanti kalau ko jumpa pondok, hati hati...kat sana dah ada pontianak...

cinta said...

adakah ini iklan penyedia servis sistem kad?

Nizam.Ariff said...

Tata.
Kalau gitu iklannya mesti ramai beli kad...kan? Hahs

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com