Monday, December 30, 2013

Sun Tzu: Art of War - Cluster 1 strategies...

.

Mulanya, aku teragak-agak, nak tulis atau tidak. Takut kalau ditulis nanti mungkin ramai yang dah tahu sebab perkara ini pun bukannya baharu. Sudah berusia lebih 2,500 tahun. Tapi difikirkan balik, apa salahnya...sebab manusia datang dan pergi.

Kalau nak tahu asal usul penulis teks purba kelahiran China ini, sila google atau Wiki. Untuk memahami teks purba ini, kita perlu fahami budaya masyarakat di China. Teks purba ini lebih kepada falsafah atau 'petua orang tua-tua'.

Perlu diingatkan bahawa konsep 'peperangan' yang menjadi asas kepada Sun Tzu ialah

 'minimize casualties, maximize resources of mutual'.

Dengan kata lain, kalau boleh elakkan perang, elakkanlah. Berperang hanya akan menyebabkan kerugian kedua-dua belah pihak. Jadi, peperangan adalah jalan terakhir.

Aku cuma nak kongsikan beberapa 'clusters of strategies' di dalam Art of War. Kesemuanya ada 6 kluster merangkumi 36 strategi.


Cluster 1 - Fighting the stronger force.
(Jikalau pihak yang ditentang atau ingin menentang kita itu LEBIH KUAT).

  • Deceive the sky to cross the sea - moving in shadows will attract suspicions, instead move openly but hide true intention.

  • Besiege Wei to rescue Zhao - attack what your enemy loves most, to psychologically weakens him. Sesiapa yang tonton Red Cliff 1 mungkin kenal siapa Wei dan Zhao sebab cerita itu berdasarkan sejarah China.

  • Kill with a borrowed knife - use the strength of others to attack the enemy. Ini tak sama seperti 'lempar batu sembunyi tangan'. Ini lebih kepada mengupah orang lain yang lebih kuat atau sesuai untuk buatkan. Ada juga yang menggunakan falsafah ini untuk mengabui pihak lawan yang kononnya kita tak terlibat. 

  • Wait at ease for the enemy - relax, save energy while the enemy wears out.

  • Loot a burning house - attack an enemy when he is suffering from chaos, internal conflicts, defection etc. Ini lebih kurang macam 'menangguk di air keruh' maksudnya tapi taklah sama. Tak semestinya 'serang' atau 'serbu' ketika mereka sedang mengalami kepayahan. Lebih baik jika datang dengan menawarkan bantuan kerana dalam budaya Timur, hutang budi dibawa ke mati. Orang akan ingat sampai bila-bila. Banyak orang Cina yang buat cara ini dalam berniaga.

  • Make a feint (trick) to the east while attacking the west - deception, diversion. Ini berbeza daripada yang pertama. Yang pertama itu masih perlu berdepan tetapi yang ini lebih kepada bermuslihat.




.

7 comments:

Unknown said...

mood marah ke? cam nak beperang je ni

Nizam.Ariff said...

Seri,
Tak.. mood tgh tenang je nih, tu yang nak kongsikan falsafah perang... hahaha

t.a.t.a said...

Aku tahu pasal prinsip ni masa tengok movie The Art of War lakonan Wesley Snipes. Berulang kali aku tengok cerita tu.

Wesley Snipes pun berlakon dalam cerita US Marshals. Berlakon dengan Tommy Lee Jones.

sudipVSsenduk said...

bak kata lain work smart tapi bukan work hard...

Nizam.Ariff said...

Tata.
Gunakan utk konfrontasi dah la...takyah sampai berperang..


SvS.
Yup...jimat sumber tenaga dan masa..

jeb said...

Buku atau training ni bang nizam?

Tercari-cari juga buku tsun zu yang elaborate macam ni.

Nizam.Ariff said...

jeb,
Itu dari training...
kalau buku dah berlambak kat pasaran...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com