.
Sewaktu kecil dulu, aku sering dipesan agar minum air sebelum tidur. Sehingga sekarang aku mengamalkannya. Kalau tidak, aku akan terpaksa bangun untuk minum air ditengah malam kerana kehausan. Tetapi kalau minum banyak air sebelum tidur, aku akan terjaga juga untuk kencing. Dan dikala aku kecil itu, jarak dapur dan bilik air dirasakan sebatu jauhnya dan hanya diterangi pelita minyak tanah dan bayang-bayang hantu bungkus dikiri manakala puntianak dikanan.
Orang tua-tua ada berkata, kalau tidur dalam keadaan haus nanti ruh yang keluar dikala tidur akan mencari air di tempayan. Jikalau sesiapa bangun menceduk air tempayan kemudian menutupnya, ruh tadi mungkin terperangkap. Ruh tadi tak boleh kembali ke jasad. Apabila siang, jasad tak bangun-bangun lagi...dan matilah. Itu juga antara sebab budak-budak dulu akan minum air sebelum tidur.
Ruh...hakikat ruh...bagaimanakah rupa zatnya?
Maksudnya: “Mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang roh. Hendaklah engkau katakan kepada mereka, ‘Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku’…” (Al Israk: 85)
Tuhan telah berfirman, antara maksudnya bahawa ruh itu adalah urusanNya. Namun ada yang berpendapat bahawa ayat itu tidak menegah manusia daripada mencari/mengkaji tentang ruh. Malah ada yang berpendapat ayat tersebut ditujukan kepada orang yang tidak percaya kepada Tuhan bersandarkan kepada sirah ayat itu diturunkan, namun mungkin ada orang islam yang telah diberikan Tuhan ilmu pengetahuan tentang ruh.
Imam Malik berijtihad bahawa ruh itu berupa jasadnya. Seperti mana apabila kita bermimpi seseorang, kita melihat bentuknya tubuh sepertinya. Seperti juga ketika Nabi kita ketika mikraj telah bertemu dengan ruh para nabi dan beberapa orang lain, mereka itu berbentuk seperti jasad mereka itu.
Namun persoalan yang aku sering cari jawapannya ialah...adakah ruh itu berbentuk kekal sentiasa seperti itu yakni seperti bentuk jasadnya? Adakah ruh itu boleh berubah-ubah bentuknya? Ruh adalah bersifat maknawiah atau abstrak. Rahsia bentuk sebenar ruh adalah kekal pada Allah....Subhanallah!
Mungkin juga makna bentuk ruh itu begitu-begitu kerana projeksi fikiran kita tentang ruh seseorang itu sepertimana yang pernah kita kenali. Ambil contoh kalau kita diberi nama seseorang yang tidak dikenal, kita pasti tidak dapat bayangkan bentuk rupanya. Juga bayangkan ketika tidur dan bermimpikan seekor harimau, kita dapat melihat harimau itu berbentuk harimau sepertimana yang pernah kita lihat. Dengan kata lain, otak kitalah yang 'memberi bentuk atau makna' kepada objek tersebut bersandarkan khutub khanah imej yang ada dalam otak kita. Jadi, hakikat ruh dan bentuk sebenarnya kekal dalam rahsia Allah....Subhanallah!
Jangan fikirkan jauh-jauh sangat. Kita lihat sahaja diri kita sendiri...diri anda yang sedang membaca entri aku ini...
Kamu....ya, kamu yang sedang membaca ini. Aku bukan bercakap dengan jasad kamu itu kerana jasad kamu itu pada hakikatnya adalah 'mati', tanpa upaya, tanpa gerak. Aku bercakap dengan ruh yang menghuni jasad itu...ruh yang mempunyai akal untuk membacadan memahami, ruh yang punyai rasa untuk makan dan minum itu...
Ya, aku maksud kamu yang ruh itu, wahai kamu yang apabila mati nanti kamu akan keluar dari tubuh jasad itu. Aku ingin bertanya....bagaimanakah rupa kamu sebenarnya????
Jangan lihat di cermin! Bayang di cermin adalah bayang jasad kamu, bukan ruh kamu. Aku bertanya...bagaimanakah rupa ruh kamu???
Aku pun tak kenal bagaimanakah 'rupa' aku yang sebenar. Jikalaulah aku berselisih bahu dengan ruh aku, aku takkan kenal 'aku'. Jikalau aku tak kenal 'aku', siapakah aku ini?
Bukan aku patutnya kenal diri aku ini?
Siapakah aku?
Tolonglah beritahu....tolonglah....tolong.
(1.20am dan masih mencari siapakah aku)
.
9 comments:
ko suruh aku bayangkan, aku terbayang cerita-cerita hantu..bila roh dibayangkan seperti asap, cahaya ....itu yang aku bayangkan..subhanallah..kita tak tahu
Dulu masa di asrama kitorg suka conteng muka. Ada kakak tu cakap, sebelum tidur basuh muka dulu. Kenapa? Sebab nanti bila roh dah keluar nak masuk balik dalam badan tapi tak kenal muka sebab muka dah berconteng habis.
dulu masa kecik kalau main patung kertas yg boleh tukar2 baju tu, kawan aku selalu suruh pangkah leher dia. taknak patung tu bangkit malam2 mintak nyawa katanya.
chaitt!
pasla ruh yg terperangkap dlam tempayan tu aku penah gak dgr. betul ke tipu benda tu. nizam, dah ko jgk yg share ayat pasal ruh tu urusan Allah. jd takyah la ko tanya cemana rupa roh tu ye.
kniedaz,
kita menggunakan imej yang ada dalam kepala kita sahaja...
Tata,
tu sama macam kes hantu penanggal je...hehehe
Tijah,
Patung mintak nyawa ni yang aku dengar kalau nanti diakhirat... kat dunia ni tak tau la pulak ada... hahaha
LyDS,
tapii... nak kenal agama kena kenal Allah, nak kenal Allah kena kenal diri.... tu yang nak kenal dulu tu...
cik tijah, pangkah leher kat patung kertas tu kita kecik2 dulu pun buat. keh3.. tp lps pangkah tampal lidi blkg patung tu mcm tulang blkg sbb tak nak bagi leher dia putus.
Cinta,
sib baek aku tak main anak patung dulu-dulu... hehehe
sebab tu lah apabila waktu senja panggil anak2 kamu masuk rumah dan tutup semua bekas2 air...dan makanan jangan didedahkan..
bunda.
ooo...ada sebabnya kenapa org dulu2 ckp begitu...
Post a Comment