.
"Jaga sikit apa yang kau makan tu." Aku beri nasihat, bukan amaran, kepadanya.
Itu bungkus kedua nasi lemak pada pagi itu. Dengan keadaan tubuhnya yang naik berisi selepas bernikah dengan mendadak, tentulah nasi lemak kedua bukan bagus.
"Aku nak nikmati apa yang ada pada ketika ini. Esok-esok, malah petang nanti cerita lain. Kalau nak mati, mati je lah, apa nak kisah sangat." Balasnya.
"Kalau kau dah bersedia..."
"Kau percaya ada kehidupan selepas mati ke?"
Ya, kawan-kawan. Aku ditanyakan soalan di atas. Mungkin dia tak temukan berita alam barzah di dalam al-Quran, mungkin dia belum terbaca hadith. Mungkin tiada yang bercerita tentangnya ketika dia di UIA dulu. Mungkin...tapi aku rasa tidak. Mungkin juga dia sedang cuba menghayati watak perangai Kassim Ahmad kerana sebelum itu kami berbincang tentangnya...kerana dia seorang yang gemar menghayati 'play' sebuah drama dan teater.
Apa aku jawab???
Aku tak jawab. Aku hanya tersenyum. Kerana aku tahu dia tahu apa jawapannya. Cuma sama ada dia mahu percaya atau tidak. Hmm...itu masalah dia, bukan aku.
Tapi, jauh di lubuk nurati, aku menjawab soalan itu. Cuma...aku bayangkan soalan itu datangnya dari mulut seorang yang berfikiran liberal, seperti katanya, seorang yang liberal menggunakan logik akal lebih daripada sumber yang lain. Jadi, jawapan aku perlukan logik, bukannya dari dalil atau nas dari keratan ayat-ayat yang orang itu sendiri tak percaya.
Kalaulah kematian itu adalah pengakhir satu kehidupan, tidak perlu dirisau tentang siksaan atau anugerah kebahagiaan selepas mati. Apa yang berlaku ketika hayat adalah apa yang berlaku ketika hayat. Jangan peduli akibat-akibatnya.
Bermakna, aku boleh buat sesuka hati tanpa perlu risau. Aku boleh hisap dadah, boleh mabuk...kerana jika aku murung, aku hanya perlu bunuh diri.
Atau, aku boleh bunuh sesiapa yang aku suka...malah aku boleh bunuh dia dan aku lari. Kalau pun tertangkap pun, habis teruk pun aku dihukum bunuh. Apabila aku mati, berakhirlah segalanya...tutup buku.
Okeylah. Mungkin katanya liberal pun masih perlukan undang-undang agar hidup lebih terurus dan masyarakat tidak menjadi kacau. Adakah menjadi baik itu sesuatu yang masih diperlukan jika hidup hanya sekali dan kematian adalah pengakhiran satu cerita?
Itulah yang aku mahu dia fikirkan.
.
9 comments:
kehidupan yang kekal, yang selamanya, abadi...
itulah kehidupan selepas mati...
Nang.
Jawapan utk org seperti kita...tp mungkin bukan utk yg seperti mereka.
Aku percaya. Sama seperti aku percaya yang kau ada otak walaupun aku tak nampak otak kau. boleh gitu? hee..
Apa jawapan yang sesuai untuk orang seperti mereka Zam?
cinta.
boleh tu..hehe
tata.
mcm yg aku tulis tu la.
idea lain blom datang...
ada juga yang berfikir seperti itu ya? dalam dia seorang Muslim..aku rasa dia cuma bergurau dengan ko
kniedaz.
bergurau bab lain boleh la..
mungkin dia pun terfikir apa yg ko cakap tu jauh di sudut hati dia. cuma time tu dia nak makan nasik lemak bungkus yg kedua, jadi dia terpaksa pura2 yg dia tak kisah. eh, aku mcm tau plak isi hati dia. aku agak je.
Lyds.
mungkin juga begitu...harapnyer la..
Post a Comment