Monday, March 24, 2014

Kisah si paku, gerudi dan jubin yang keras...

.

Aku nak gerudi jubin keras.
Aku perlu gerudi jubin itu atas sebab-sebab tertentu,
yang munasabah.
Aku ada minta kontraktor untuk buatkan sekali,
tapi kerja gerudi itu dia tak hendak.
Katanya, dia takut jubin pecah.

Jubin boleh pecah?
Aku tanya kawan yang jauh di Sarawak.
Dia kata jubin besar itu keras permukaannya.
Katanya, mata gerudi tak mampu tembusinya.
Lalu dia beri petua, yang keras mesti dipecah.
Pecah?

Dia suruh ambil paku dan ditukulkan dahulu.
Buang permukaan keras biar menyerpih,
barulah nanti digerudi.
Aku pun buat seperti petuanya.
Lalu aku ketuk paku di tempat yang mahu digerudi,
pada permukaan jubin yang keras tadi.
Jubin keras pun menyerpih,
nyaris yang pipeh menyerpih mata.

Lalu aku teringatkan kaca mata.
Aku pakai untuk melindungi mata.
Dan aku teruskan sehingga cukup hilang,
permukaan licau yang keras seluas jari.
Kemudian aku gerudi.
Dan ia pun tembus tanpa pecah isi.

Gerudi yang besar masih perlu paku yang kecil.
Sekeras jubin pun boleh ditembusi,
terima kasih paku tadi.
Tapi paku itu telah tumpul jadinya,
aku buang ke bakul sampah akhirnya.





.

14 comments:

Anonymous said...

ada yang suka jadi mata gerudi, ambil kesempatan atas paku yang kecil. ada yang nak jadi paku, rela berkorban untuk yang tercinta. dan ada pula pemalas yang lebih suka melekap di dinding. macam kepingan jubin yang berat, tebal, keras lantas menyusahkan.

aku? aku lebih suka jadi kontraktor. mau kerja, you mesti bayar dulu maa! hehehee...

Nizam.Ariff said...

SM,
buat masa ni aku cuma jadi tuan rumah yang menjadi mangsa yang mencari penyelesaian je...

SuzieLAWAti said...

kenapa lah di lupa jasa paku... kesian dia.. setelah ber usaha keras... akhirnya ke bakul sampah..?!

mengapa tidak di asah tajam kan semula..?!... kan boleh di guna...?!

kalau dah begitu rupa... jangan di sakiti lagi paku yang ada...

tak gunaaa..... !!!!...

hehehehee....

kawan yang kat sarawak tu saya kenal tak...?!.. tak kisah lah kenal ke tidak ..kirim salam yaa.... ;) ..

--saya pon nak menebuk dinding membuat para sendiri nanti--



Nizam.Ariff said...

CPL,
Paku kecik je, murah je, boleh beli yang baharu...amacam, sentap tak? hahaha

Sepaaaa...! Cik Jujie kirim salammmmm....!

Dah, aku dah sampaikan pesan kat dia...

Nak tebuk dinding pastikan guna drill bit yg betul kalau dinding tu ada tiles...

t.a.t.a said...

Macam kenal nama aje kawan di Sarawak itu. Line dia masih belum okay?

Ye jubin boleh pecah. Jubin di pejabat aku ni pecah sebab kontraktor tipu. Bila kami gerudi untuk buat lubang tiba-tiba ia retak. Bila korek tengok ada lantai yang tiada simen di dalam nya. Kosong.

Nizam.Ariff said...

tata,
Nak jimat kos simen gamaknya tu...
lenkali sebelum gerudi, ketuk2 dulu tiles tu untuk dengar dan pastikan penuh atau kosong...

aizamia3 said...

saya kena jugak cari kontraktor sebab tiada keberanian nak gerudi jubin.

Nizam.Ariff said...

aizamia,
dan bersedialah untuk membayar maharnya...

cinta said...

lama dh tak buat keja drilling nih. dulu biasa drill besi je. minah karanlah katakan.. hee..

Nizam.Ariff said...

cinta,
biasa drill besi?
pergghh.... tabik...

LydSunshine said...

jauhnya mencari solution. sampai ke sarawak. Nampaknya kontraktor yg awak nak upah tu, sama ada dia tak tau teknik gerusi jubin keras tu atau pun dia malas nak ketuk guna paku.

Nizam.Ariff said...

lyds.
mungkin juga dia nak duit lebih...

Drill Lubang Skru @ Water Heater Area Putrajaya: 0176431977 said...

Salam tuan blog, nak tumpang iklan sikit ye...

Pemasangan Shower Water Heater / Drill @ Tebuk lubang Skru dinding konkrit, dinding jubin, pemasangan bracket TV, PEmasangan kipas siling, kipas dinding, pelbagai jenis lampu, pasang frame, cermin, rak dinding dan sebagainya.... Untuk Kawasan Putrajaya dan area bersebelahan dengannya...

Sila lihat blogspot saya untuk info lanjut: http://shower-heater.blogspot.com
atau boleh hubungi saya terus di 0176431977 (Call / sms / WhatsApp)

zarissani said...

boleh tengok blog saya, teknik drill semua permukaan
taip je cara drill dinding aznurniaga

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com