Wednesday, March 26, 2014

Trauma..

.


Aku tak pasti perbezaan diantara trauma dan fobia. Apa yang aku tahu ialah kedua-duanya berkait dengan perasaan takut. Tapi kadang-kadang perkataan trauma digunakan juga untuk sesuatu yang bukan rasa takut tetapi pengalaman yang dialami seperti kemalangan.


Ketakutan sehingga diklasifikasikan sebagai pengalaman trauma tidak sama dengan kebencian terhadap sesuatu yang kita tidak suka. Ini kerana takut dan benci tidak sama walaupun rasa benci terhadap sesuatu itu mungkin reaksi / hasil daripada rasa takut. Benci untuk mengalami pengalaman rasa takut itu? Mungkin juga.


Sebagai contoh, kita benci atau tak suka kepada orang yang menganiaya bayi kecil. Tapi rasa benci itu tak semestinya kita pernah didera semasa kecil sehingga mengalami trauma. Perasaan benci terhadap penderaan bayi itu mungkin wujud dari rasa perikemanusian atau akal yang waras atau kesedaran bahawa penderaan adalah sesuatu yang tidak baik.

Aku?


Aku tidak suka mendengar suara jeritan nyaring perempuan. Sama ada jeritan amuk, takut atau mengilai kerana suka sangat-sangat. Aku bukan sekadar tidak suka tetapi aku takut. Ya, apabila aku terdengar suara jeritan perempuan, aku rasa seperti meremang bulu roma. Bukan jengkel tetapi seram. Ini termasuklah suara hilaian puntianak.


Boleh juga dikatakan aku trauma (traumakah?) jika terdengar suara perempuan menjerit. Kadang-kadang seperti mahu menangis walau pun bukan sedih. Padahal perkara itu tak berlaku jika yang menjerit itu lelaki. Oleh sebab itu aku benci mendengar suara perempuan yang menjerit atau terjerit-jerit.

Jikalau aku trauma akibat pengalaman silam, aku tak terfikir pula pengalaman apa yang aku pernah alami dulu-dulu. Mungkin kakak-kakak aku pernah menjerit-jerit ketika bermain batu seremban atau getah gelang semasa aku masih bayi comel aga agoo goo goo... mungkin juga kerana puntianak pernah menjerit dekat telinga aku semasa aku di dalam buai dulu-dulu... kalau pengalaman dengan puntianak, itu memang benar-benar trauma...!

Anehnya, aku tak trauma jika dengar jeritan dracula walau pun dia juga penghisap darah.





.

3 comments:

Su @ Aya said...

memang kekadang bunyi org perempuan terjerit2 ketawa, macam terbawa-bawa ke arah bunyi mengilai orang tak sedar (macam org kena hasut).. sebb tu orang tua2 tk bagi gelak lebih2..

aku rasa la kan.

Kniedaz said...

hahaha...aku pun seram banget kalau dgr org perempuan ketawa mengilai-ngilai...
pelik..adakah sama dengan ikan kekek mak ilai-ilai?
aku harap aku dan anak2 pompuan aku takdelah ketawa mengilai ..buruk sungguh rasanya

Nizam.Ariff said...

Su.
Anak dara tak elok mengilai nanti tak kawen...aku pernah dengar dulu...


Kniedaz.
Hahaa..aku pun tak nak ketawa mengilai...kena kontrol...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com