Tuesday, April 15, 2014

Titik-titik perubahan sepanjang hidup ini...

.


" Change is hard, I know it, but give yourself 5 minutes and you'll be okey.".....Liberty Arts.



Pada satu pagi hujung minggu ketika di tingkatan 3 di sebuah sekolah berasrama penuh di Taiping, aku pergi ke bilik seorang senior tingkatan 5. Selain untuk mendengar lagu-lagu kumpulan Dio, salah satunya yang aku minati - Holy Diver, aku ada satu soalan untuknya.

Aku tanya adakah dia suka akan perubahan? Dia tak terus jawab tapi dia bertanya kembali kenapa aku tanya begitu.

Aku kata, aku tak sukakan perubahan. Kalau boleh, kita semua kekal dengan gaya kehidupan begini. Pada masa itu aku tak kenal perkataan 'konservatif' lagi tapi apa yang aku maksudkan ialah bagaimana modenisasi mulai masuk ke desa kampung. Aku lihat sendiri bagaimana sistem tanaman padi berubah dari cara tradisi kepada jenis tabur kering serta penggunaan mesin-mesin bajak dan tuai. Pada masa itu aku lihat bagaimana budaya 'berderau' atau gotong royong semakin hilang.

Juga apabila aku balik kampung untuk bercuti semester, kawan-kawan tidak ada (pada masa itu sekolah aku menggunakan sistem semester, bukan sistem penggal jadi cuti kami tak sama). Aku rindui masa lalu...dan aku benci perubahan.


Akhirnya, abang senior berkata kalaulah perubahan itu kearah kebaikkan, apa salahnya? Hmmm...aku masih tak setuju tapi jawapan seorang senior yang rock kapak  itu ada bernasnya.



23 tahun selepas itu, di sebuah kelas di menara gading, subjek pertama dalam pengajian lanjutan ialah Transformational Change. Banyak perbahasan ketika itu. Tapi aku berkata, perubahan tak semestinya berskala transformasi. Perubahan boleh berlaku pada skala yang kecil tetapi masih memberikan impak yang terkesan kepada seseorang dan perubahan itu terus ke depan. Aku berikan contoh, dua orang lelaki bertukar handphone yang berlainan model dan jenama untuk satu hari, itu juga satu perubahan. Kedua-duanya terpaksa mempelajari sistem baharu dan kekok pada awalnya tapi apabila petangnya, mereka mungkin sudah terbiasa.


Itu cerita lama. Tapi aku masih berharap perubahan yang hadhir ini secara perlahan-lahan dan tidak terlalu bersifat 'disruptive'. Aku berharap perubahan ini bersifat  integratif...lebih 'berperikemanusiaan'.


Biar apa pun harapan itu, perubahan tidak dapat dihalang...sebagaimana kita tak dapat halang terbenamnya mentari dan terbitnya bulan.





.

5 comments:

Dr K said...

kau MRSM Taiping? Seratas?
sebab zaman aku, kat Taiping ada form 4-5 aja..

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Mrsm taiping. Masa zaman aku masih ada form 1. Aku masuk dr form 1. Tp masa form 2, takde form 1 sbb student mrsm kulim form 2 pindah ke taiping dan balik pulau. Kulim jd matrikulasi.

gadisBunga™ said...

aku ok je dengan perubahan. tapi kena ada sesuatu yang kita preserve supaya perubahan itu tidak memakan nilai asli sesuatu benda tu.

aku rasa ko mesti paham apa yang aku maksudkan sebab aku blank pulak nak bagi contoh. huuu~

Nizam.Ariff said...

GB,
Aku faham...
Nilai2 tradisi yang baik perlu dikekalkan.... atau paling tidak, rekodkan di muzium....

Unknown said...

rasanya bila sy dah mula lemas.. perubahan itu perlu..dan perubahan satu yg subjective..dalam pelbagai bentuk..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com