.
Ada satu cerita dari seorang yang tak
beragama tetapi pandai berseloka.
Kerana terlalu banyak memikirkan tentang
hal alam dunia ini, maka dia pun bercerita.
Katanya, kita sekarang ini hidup di masa lalu
Segala yang bakal berlaku telah pun berlaku
Malah, ceritanya lagi, kiamat mungkin sudah
terjadi pada masa ini.
Ceritanya bersandarkan andaian bahawa
nun dihujung waktu jauh dihadapan
atau mungkin titik tamat, di situ jam berdetik
memberi kita masa dan ruang.
Ia mengalir dari detik itu sehingga menemui
kita pada haribulan ini...dan ia terus mengalir
ke masa silam.
Maksudnya, kita ini hidup di masa yang lampau
Umpamanya begini:
Kita menaiki sebuah keretapi yang panjang
dan kita duduk di gerabak paling belakang
Apa-apa yang kita lihat di luar tingkap
mereka yang duduk di gerabak hadapan
lebih dahulu melihat. Dan jika mereka ada
telefon, dia boleh telefon kita dan beritahu,
"Lagi 30 saat kamu akan nampak pokok besar
yang condong."
Dan benarlah....30 saat kemudian, kita nampak.
Aku rasa dia ini bercerita seperti itu
apabila bingung bagaimana takdir dan
deja vu boleh terjadi...bagaimana boleh
mengetahui apa yang dihadapan kecuali
kejadian itu telah pun berlaku (tapi bukan
di gerabak kita...belum sampai lagi).
Dan juga bagaimana kitab-kitab mereka dan kita, termasuk perkataan-perkataan para nabi
menceritakan tentang zaman hadapan dengan jelas dan terperinci...kecuali semuanya
telah pun berlaku (tapi belum sampai je
zaman kita).
Aku rasa dia tak mahu menerima konsep
Ketuhanan dan masih membataskan
segalanya tertakluk pada hukum alam
yang dia faham.
Panasss....bahang sungguh!
Tapi bukan sebab cerita di atas itu.
.
3 comments:
Ada juga yg mempercayai sistem yg dia ada dilahirkan di dunia utk kedua/tiga kali dan seterusnya. Meraeka ada kepercayaan contoh dulu dia manusia yg jahat so next birth dia jadi monyet. Macam tu.. susah nak explain.. re-carnation gitulah lebih kurang..
kesian dia.
Kakzakie.
...mcm dah tak ada dunia lain nk pusing2....haha
Cinta.
Dia fikir jauh sangat.....haha
Post a Comment