Rendang Kerang di Gerai no. 4, Fajar Pagi memang superb. Pertama kali aku datang dulu bila kawan aku ajak bersarapan di sini, kira-kira 2 tahun lepas. Ini kali ke-2 aku ke sini.
Kakak tu tersenyum je bila aku ambil fotonya |
Kenapa selepas 2 tahun? Sebab aku tak pasti di mana lokasinya. Hari ni aku luangkan masa untuk cari. Dan aku jumpa!
Apa yang menariknya? Rendang kerangnya pedas dan sedap. Kerangnya lembut!
Rendang hijau, pedassss.... |
Akak tu kata dia kopek sendiri kerangnya. Tiap hari dia akan beli berkilo kerang, rebus dan kupasnya untuk dimasak rendang dan sambal. Itulah sebabnya rendang kerangnya lembut. Tak lah liat macam getah sekerap... nasi dah habis tapi mulut masih mengunyah kerang...hahaha.
Jarang peniaga yang nak kupas kerang hari2 macam kakak ni. Tapi kerajinan membuahkan hasil yang baik.
.
4 comments:
Hahaha.... Pernah makan getah sekerap ke?
Rendang kerang memang sedap:)
Kakzakie
Pernah kunyah gula2 getah...haha
yummy...rietta suka kerang....
HJ.
Kita ponnnn....hehe
Post a Comment