.
Cuaca teduh hari ini. Tak boleh diagak mana matahari dah lari. Badan pula demam2. Semalam, suhu badan 39°C, itu pun baru 3 jam telan paracetamol. Hidung sudahlah perit, tekak pula nak mengada2.
Tengahari.... aku cari masakan Cina.
Sup Sayur Masin dihirup panas2 ... dengan halia muda, dengan titisan minyak bijan, memang menyegarkan tekak, hidung dan dada.
Ya, memang. Tak manis kalau dah tunjuk gambar tapi tak mengajak. Jadi, aku nak ajak korang semua ke Restoran Mukmin, seksyen 19, Shah Alam.
Ok. Aku dah ajak. Nanti bayarlah sendiri, ya.
.
4 comments:
Terima kasih lah byk2 sbb sudi ajak.
Cinta.
Sama2. Nnt dtglah lg, ya...
rugi la kalau hirup sup sayur je.. side dish keliling tu takkan jeling je...
SvS
Jasad tak sehat, selera tak datang...
Post a Comment