.
Di bulan Ramadhan: petang yang redup dan angin yang berderu-deru datang mengucup pipi aku bergilir-gilir.
Sepasang suami isteri tua bersama-sama seorang anak daranya turut ada di situ...si anak sibuk mengambil foto dengan telefon bimbitnya. Untuk kenang-kenangan nanti, barangkali.
Beberapa ekor burung botak upih terbang berlegar-legar di atas tasik di seberang sana. Aku tahu, di seberang sana ada banyak sarangnya, di atas pokok rhu.
Walau ia mampu terbang bebas, aku tak terniat mahu menjadi burung. Aku mahu menjadi manusia. Seperti sepasang pak tua dengan anak daranya. Kerana aku rasa menjadi seorang manusia itu lebih memahami erti kehidupan. Dan kehidupan itu penuh ranjau berbisa dan hilai ketawa. Penuh juga dengan dugaan dan kemenangan.
Hidup tak mudah. Tapi nak hidup juga taklah payah. Kemahuan duniawi berlebihan yang selalu menjadikannya susah.
.
4 comments:
petang petang jalan jalan sambil menunggu waktu berbuka ..
Ewan.
Tggu kedai mamak mula jual nasi briyani...haha
pagi2 ni jalan2 kat belog tuan rumah..
Assalamualaikum ~
kite org baru ni..belog kosong lg.hahahhaa..meh la jalan2, kenal2~~
Wsalam. Slamat berpuasa. Nnt jln2 mkn angin ke utara ye...
Post a Comment