Saturday, January 27, 2018

Nasi Lemak atau Nasi Kandar?

.

Setibanya kami di daerah itu, hari sudah merangkak ke malam. Dalam kelesuan akibat perjalanan yang jauh dan mata yang kelam, kami hanya nampak papan tanda yang terang ini...



Nasi lemak pun ok juga lah, kami berkata sesama sendiri, asalkan kami cepat masuk hotel dan mandi dan baring.

Tapi aku terkejut kerana aku ingat nasi lemak biasanya biasa-biasa macam biasa saja. Ini tidak. Lauknya dan sambalnya semacam nasi kandar...sambal campur-campur.

Jadi aku dan kami keluar dari barisan dan berdiri di tepi. Kami perhatikan seorang demi seorang menunjukkan lauk masing2. Sambil itu kami cuba fahami nasi lemak jenis apakah itu. Pelanggan lain mungkin fikir bukan2 terhadap kami...pedulikan, kami orang luar. Bukan orang asal.

Setelah hampir 5 orang berlalu baru aku tanya, nasi lemak atau nasi kandar? Pelayan itu senyum, katanya, nasi itu nasi lemak tetapi lauk macam nasi kandar. Kuah sambalnya ada 4 jenis dan semuanya di'cotek' sikit2 dengan sudu... dicampur.

Beginilah hasilnya...


Nasi lemak atau nasi kandar?

.

2 comments:

Anonymous said...

mak ai...

meriahnya...

Nizam.Ariff said...

Rap.
Perut jd sebu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com