Saturday, September 21, 2019

Pokok Lemon, pucuk Kasturi...

.
Aku ada sepasu pokok lemon. Ini pokok lemon yang kedua aku tanam. Sebelum ini aku tanam di tanah. Selang setahun, pokok tu mati...kulat akar rasanya.

Yang ini aku tanam di dalam pasu besar. Dah 3 tahun lebih tapi masih tak mahu berbuah walau pokoknya gemuk merimbun. 2 bulan lepas, aku potong dahan2nya. Ia mula bertunas baharu yang hijau.

Dalam masa yang sama, aku cantumkan pucuk Limau Kasturi pada salah satu cabang muda pokok Lemon tu. Nampak gayanya, dah berpucuk dan berdaun.

Pucuk Limau Kasturi dah berdaun 5 

Hasil motivasi kejayaan cantuman tu, aku cuba cantumkan pula pucuk Limau Kasturi ke Limau Purut. Juga Lemon ke Limau Purut. Lemon ke Limau Kasturi. Dan satu lagi Limau Kasturi ke Lemon.

Dah 2 minggu. Belum tumbuh tunas kecil tapi pucuk cantuman tu masih hijau lagi. Tak kering. Harapan masih ada...


.

2 comments:

Warisan Petani said...

harap2 berhasil

Nizam.Ariff said...

Wak.
Aaminn

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com