Bak kata pepatah Melayu:
Pucuk dicita, ulam yang datang.
Keluarga kecil aku bertambah kecil apabila Ariff kembali ke Univ. Oleh itu masak-memasak menjadi sekali sekala. Ikan daging boleh di sejuk bekukan tapi sayur-sayuran tak boleh disimpan lama-lama, ia akan lecur.
Jadi aku ambil inisiatif untuk tanam ulam-ulaman. 2 sebab:
1. Boleh dipetik dan dimakan bila diperlukan. Tak perlu disimpan.
2. Bebas racun. Sentiasa segar.
Maka aku pilih ulam-ulaman yang mudah dijaga, berdaya tahan dan sedap.
Pokok Tenggek Burung / Cabang Tiga perlu kerap dipangkas agar tak tinggi |
Pucuk Kaduk juga sedap dibuat ulam |
Tak perlu tanam banyak2. Cukup sekadar sekali makan kerana nanti ia akan berpucuk baharu. Tanam 3-4 jenis supaya boleh di selang seli dan memberi masa untuk yang baharu dipetik untuk kembali berpucuk muda.
Tak perlu tanah yang luas. Di dalam pasu pun boleh. Jom cuba...
.
1 comment:
pengambilan ulam-ulaman banyak khasiatnya.
Post a Comment