Saturday, January 2, 2021

Duri Mengkuang vs hantu penanggal

Kajangnya Pak Malau, kajang berlipat. Kajangnya hamba, Mengkuang nan layu...

Dah lama tak nampak pokok Mengkuang. Semenjak tikar mengkuang tak lagi sepopular dulu. Bukan setakat itu. Malah sejak ibu2 sudah ramai bersalin di hospital berbanding di rumah.

Salah satu kegunaan Mengkuang (selain dibuat tikar) ialah sebagai petua menghalang si hantu penanggal (yang dikatakan sering mencari darah orang perempuan bersalin). 



Daun Mengkuang digantung pada tingkap dan di bawah lantai bilik. Si hantu penanggal akan seram untuk dekati kerana takut tali ususnya tercucuk duri Mengkuang dan tersangkut hingga ke siang. 

2 comments:

Zhi said...

Ape ke seram sangat genre kali ni.. ish..

Nizam.Ariff said...

Zhi,
Itu sebahagian drpd tradisi dan budaya Nusantara... Hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com