Friday, June 5, 2009

Hari-Hari Terakhir Seorang Bujang

.

Wajahnya berbaur lesu dan ceria, juga mungkin sedih, mungkin gelisah. Walau apa pun, hari ini adalah hari-hari dia. Esok dan lusa juga adalah hari-hari dia.



Jam 5.35pm tadi, kehidupan bujangnya pun berakhir. Penantian selama setahun bertunang tak sama dengan pengiraan detik-detik akhir sebagai seorang bujang. 2-3 jam sebelum lafaz akad berlangsung adalah detik-detik yang mendebarkan. Akui dia. Tapi, bila selesai dia kata tak rasa apa-apa pun, ' bang ngah tipu!'. Hahaha.



Aku sebagai saksi pertama, aku tandatangani surat yang diberikan tok kadhi. Sabtu/Ahad nanti kendurinya. Selesai.

Bila tok kadhi suruh dia serahkan sendiri mas kahwin baru aku perasan yang pengantin perempuan tunggu di koridor masjid. Pengantin perempuan tak ada di dalam masjid. Dia tak boleh ada di dalam masjid. Dia tak dibenarkan. Haram baginya beriktikaf di dalam masjid!

Aku bisik kepada adik ipar, malam pertama yang memang sah hambar! Hahaha.



Selesai majlis ringkas di masjid itu, kami dijemput ke rumah pengantin perempuan. Ada kenduri aqiqah. Kambing 2 ekor. Anak lelaki. Kami dihidangkan dengan kari kambing. Kemudian adik ipar aku cuit lengan dan tunjukkan sesuatu atas meja makan tok imam dan orang tua-tua lainnya.

Cepat-cepat aku capai hphone. Ops! Ops! Sekejap-sekejap. Aku snap gambar ini:


Peeeeeghh! Layan kolesterol beb. Aku tanya pakcik di depan aku, apa yang sedapnya kepala kambing tu? Dia kata otaknya.




[Insyirah dan Princess Liyana, sila tutup mata. 18SX]

Dalam perjalanan pulang, aku memandu kereta membawa pengantin lelaki, Paku Payung dan ayah mertua aku. Aku bagi tau pengantin lelaki, majlis serah tanggung jawab oleh ayah mertuanya itu antara yang dia perlu fahami. Pertama, dia bertanggung jawab dengan isterinya dan kedua, isterinya tidak boleh mendahulukan ibu bapanya. Dia faham.

pause.

'Apa yang seronoknya kahwin ni?' Paku Payung tanya dia.
'Seronok la dapat isteri' jawabnya. Mertua aku tersengih.

pause.

'Ooo... dapat isteri ni macam dapat duit' Paku Payung.
'Kenapa pulak?' tanya dia balik.
'Sebab boleh buat ikut suka hati. Boleh peluk-peluk'

pause.

'Boleh cium-cium...' Tambah Paku Payung.
Haih.

pause.

'Boleh romen-romen, boleh .....'


OPPPPSS! Aku mencelah. Kecik kecik lagi dah pandai, aku marah Paku Payung. Yang sebenarnya, aku segan kat mertua aku yang duduk di sebelah.

Aku salahkan Mastika kerana sejak setahun dua ni asyik ketengahkan cerita-cerita yang macam tu dan aku salahkan kerajaan kerana gagal mengkategorikan Mastika sebagai majalah separa lucah, biar apa pun tujuan cerita itu sama ada untuk pengajaran atau pun teladan. Yang pastinya, jualan Mastika kembali melonjak, seperti yang diakuinya sendiri.




.

19 comments:

Princess Liyana said...

ha ha ha..siap suh tutp mata tk boleh blah..hihi..hmm, dpt isteri boleh wat ikut suka hati?apkahhh ? ;P

Haih, dah lama tk bc mastika. rasa cm merepek jgak kdg2 majalah tu ;P

AZANI said...

nak kena jaga apa yang anak anak layari kat internet,macam hari itu aku kena yanya seks luar tabii,jenuh pass batton kat mak dia.

AZANI said...

alhamdulillah, dah boleh komen tanpa gangguan popup.

kakpah said...

anak buah aku dulu penah tanya, "macamana lembu tu boleh beranak? Bila masa dia kawin", keh..keh.. kelu aku nak jawab. Masa dia tanya tu aku sendiri belum kawin kahkah..

ashley said...

Nizam..
psssttt..
bebudak sekarang bulleye!!

Banyak no informasi..
Tak caya?
tanya insyirah..apa yang dia tak tahu..
he he he

mestika tu ada cerita macam 'Dari Mahkamah Syariah' juga ke??

ha ha ha

patut mau kena promote kat cikgooden..dia mesti suka tuuu.

aku tak pernah baca..
zaman dulu aku baca, banyak cerita pelik pelik..
zaman 80'an doluuuuu..

Insyirah said...

Hahahaha...dah ada label 18SX laaaa. Tak dan nya saya nak tutup mata. Kalau saya tutup mata, nnt saya nak komen mcmmana? Muehehe.. ;p

Budak-budak skrg hebat betul la. Masa saya umur mcm paku payung, satu haprak pun saya tak tahu.

Kak Ashley, suunguh saya tak tahu apa-apa. Even skrg pun bukannya saya tahu, sebab tak kahwin lagi. Sungguh. Trust me! Muahaha..

ashley said...

ooopss nak sambung komen..

nizam,
ko boleh buat satu entry baru dengan melihat kepala kambing itu..

'Tengkorak KAMBING di malam pertama..'
kui kui kui..

oh ye..
kat rumah kakpah ari tu kepala kambingnya ada tapi tak dibuat sebegitu rupa!!
mana pi?

Nizam.Ariff said...

Princess,
Hahaha...
Mastika memang dah merepek meraban. Dulu dekat 10 tahun aku subscribe siap pos ke rumah. Sejak setahun dua ni, sejak isu black metal dan masuk pengurusan baru, dia dah mula biul... aku rindukan Mastika semasa masih Salina...

Azani,
Dia suka baca buku mastika dan biologi mama dia. Aku tak boleh nak tahan. Tapi aku bagi informasi yang betul, yg secukupnya. Cuma mulut dia yang suka cakap tak kira suasana...

Azani,
PATUT LA AKU KENA UGUT DENGAN PAKCIK GOOGLE! Ropanya ada orang kasi trojan spam kat blog aku!


Kakpah,
Aku pun tak tau apa itu kahwin sebenarnya, sehinggalah aku 15 thn, tak caya? Hahahaa

Ashley,
Eleh.. Insyirah tu tutp mata sebelah je... dia mesti tau. Aku tak tau apa cerita mastika skrg. Aku dah henti langgan dekat setahun.

Insyirah,
Ko selalu le jenguk kat blog kami ni. Lambat laun ko akan tau la makna kawen tu. Kawen bukan setakat seks je... baca blog kakpah, ashley dan brader-brader lain, lihat macam mana kerenah anak-anak masing-masing... Pasal 18sx tu, nanti-nanti kamu tau sendiri la... hehehe. Abang Tunang kasi ajar cukup-cukup nanti.. HAHAHHA.

Ashley,
Aku tengah kumpul bahan ni.. nanti aku tulis pasal majlis tu. Tungguuuuu..... hehehe

.

kakpah said...

kepala kambing kat rumah aku tu aku tanam je. Sapa nak bakau. Laki aku dah siap warning jangan masukkan dalam kari.
Kan ke kita jadi dungu kalau makan otak ni. Otak kambing plak tu...

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Dungu kolesterol... hahaha

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Dungu kolesterol... hahaha

Water Lily said...

Dah lama tak baca Mastika. Sensasi saja lebih.

Tu la, semua nak buat duit..

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Betul betul betul

tasikmerah said...

mau cepat kawen paku payung nih... ha ha.

dah lama tak baca. majalah tu makin merepek.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Dukung budak pun tak reti lagi... mana boleh kawen.... hahahaa

iman said...

selamat pengantin baru pak cik...

Nizam.Ariff said...

Iman,
Pka ngah ko ni tak bagi ucapan skali ke.. hehehe

addyaholix said...

bapak borek anak rintik.

mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik bang! melainkan paku payung tuang ke lantai. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku suke kalau dia ikut aku, tapi minta dia ikut yang baik-baik je la. Yang buruk jangan le ikut.... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com