Friday, September 25, 2009

Siapa kaya? Siapaya beraya?

.

Bila fikir-fikir balik, seolah-olah tabungan sikit-sikit selama setahun hanya untuk dihabiskan untuk hari raya. Ini aku cakap secara umum, tak termasuk mereka yang melimpah ruah rezeki mereka.


Kadang-kadang aku terdengar perbualan beberapa anak muda dan pasangan muda yang 'macam pucuk baru nak hidup', bagaimana mereka berabis sakan untuk raya (dari baju, kuih sehingga ke kereta) dan bagaimana mereka susah-susah 'menabung' selama setahun.

Siapa yang kaya?
Para pemborong wang di bazaar ramadhan ( tang ni aku dendam ni, siaplah Ramadhan depan) dan pemborong duit simpanan yang bernama Jusco, Parkson dan gerai-gerai payung yang tiba-tiba tumbuh. Dan penyula-penyula mercun dan bom kecil, dan bunga api... Hah! Dan pemabuk minyak petrol...

Siapa yang beraya sebenarnya?

Aku musykil....





.

12 comments:

xiiinam said...

Ada macam-macam Raya
Hantu Raya...jalan raya..pasar raya...kota raya...he..he...



Selamat Hari Raya....



Psst:
Paku Payung...
Sila sorokkan tabung ya! He..he..

Insyirah said...

Ni awat tiba-tiba marah ni. Wallet pressure ke? Hiksss.. :)

ashley said...

Jemput beraya ke rumah..
Jangan dok marah marah..
.
.

Ramadhan depan, hang pulak buka payung...he he.
Cuma jangan jual bubur telur katak masam sudah la..

hidasaif67@yahoo.com

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Duit Paku Payung 'selamat' dalam handbag Mama. Kalau tak, mau aku pakai buat bayar minyak+tol.. hahaha


Insyirah,
Aku ok sebab aku beringat2, cuma kesian kat anak-anak muda tu...


Ashley,
Aku sumpah peniaga tu jadi katak pisang... hahaa

AZANI said...

1.dah beraya rumah cklahm zam?
2.dah jumpa tasek ,amacam memang macam rupa apam balik ke dia?
3.jalan sesak tak?
4.banyakziarah tak?
5.banyak sedekah duit raya?
6.berapa rumah kau raya?
7.kat shah alam tak raya ke?
8.bubur katak pisang?
9.aku banyak nak tanya ni,bila kita buat presentation,bagus tak kalau kita static atau dynamic depan belakang kelas?
10.Kau nak niaga apa ramadhan tahun depan?
11.Makcik Pecal jawa tu ada niaga kat pasar malam?
12.Bila dan di mana dia meniaga?

AZANI said...

Aku rasa Zam, yang kaya samada dia raya puasa ke tak adalah yang terlibat dengan slandal PKFZ...billion tu?

ashley said...

Nizam,
kat mana nak beli makalah maya tu?
he he he

Nizam.Ariff said...

Azani,
Woit... dah macam kena tag lak.
1. Tak pegi pun. Tasek ajak aku, aku tanya dia bila nak pegi. Tasek reply sama ada aku tau lokasi rumah cikgu? Aku jawab balik ' Ceit!!!'. Dia reply 'Hahaha... aku tak tau rumah dia'. Aku ingat dia ajak, dia tau... hish!
2.Tak. Aku cuma jumpa pejabat dia. Aku syak, dia pun macam tayar.. bulat. Hahaha
3. Jalan tak sesak. Kereta je sesak.
4. Tak banyak ziarah. Aku tak rajin ziarah. Antisosial.
5. Mama yg pegang akaun. Aku tukang salam je, lepas tu pass kat Mama.
6. .... 5 kot.
7. Tak tau lagi. Aku sekolah sabtu ahad, mana nak buatnye. Pegi beraya pun belum tentu lagi.
8. Aku dendam sampai Ramadhan tahun depan..
9. Soalan2 tu bagus untuk ice breaking atau reinforcement on comprehension.. hahaa
10. Aku tak nak niaga... aku nak survey org meniaga je..
11. AKu tak tau. Itu kali ke 2 aku jumpa dia. Tunggu minggu depan, dia ada tak lagi.
12. Kat Pasar Malam Seksyen 27, Shah Alam. Pasar tu setiap petang Khamis 5pm ~ 9pm. Belakang kilang Metube.


Azani,
Dia jual vaksin selsema babi pun boleh kaya...

Ashley,
Makalah tu terhad. edisi khas bulan raya.. hahaa

xiiinam said...

Nak tau lokasi rumah aku? Guna GPS...he...he....Awat tak habaq awai-awai nak mai?

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Aku ingat Tasek tau... hahaha

AZANI said...

tumpang lalu Nizam...
cklah pakai Google Earth boleh tak...ce bagi alamat dia...biar saya zoom sattelite atas bumbung rumah ..

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku pun nak google gak...
Aku rasa, bumbung dia warna hijau tua sebab CkLah suka warna hijau tua... kan?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com