Sunday, March 20, 2011

Berlari-lari dia di bawah pohonan mahogani dan langit yang cerah menemani...

Masih di Jasin. Langit masih indah. Alam masih mahu berdamai.


Tak jauh dari simpang Taman Maju, ada sederetan gerai menjual buah-buahan. Aku sering ke situ untuk nikmati air buah kelapa pandan yang segar. Sambil itu, langak-langak dan tunduk-tunduk cari buah berubat.


Kali itu, aku lihat beberapa kanak-kanak 1Malaysia (huargghh..!) sedang bermain kejar-kejar. Aku pasti, mereka tak pernah kenal sebelum itu. Dan aku amat pasti, kalau aku tanya salah seorang mereka akan nama yang lain, pasti tak tahu.





Tapi perkara macam itu memang biasa di Melaka (bak kata TasekM) sebab 'asimilasi' bangsa telah pun bermula di Melaka sejak ratusan tahun dulu. Mungkin 'asimilasi bangsa' itu agak kuat bunyinya. Okey, keharmonian antara kaum. Harmoni di sini merujuk kepada keadaan yang tidak ada rasa takut dalam interaksi dan 'ko beli buah aku, ko masih geng aku..'. Lebih kurang gitulah...






.

7 comments:

buah kedondong said...

ko sangatlah 1Malaysia sekarang :)

tasekM said...

sebenarnya.
usaha penyatuan perlu dilaksanakan seawal2nya dari sekolah.
gua tak nampak perlunya ada sekolah jenis kebangsaan.

bak kata prof ci_na yang tersohor itu: ci_na2 yang cemerlang kebanyakkannya bukan datang dari sekolah ci_na tapi yang belajar di sekolah kebangsaan.

kerajaan tolong komen sikit.





.

Aku said...

b.kedondong,
semangat yang sinis...

TM,
Setuju... aku kena setuju je dgn ko nih. Ko diva brutal pangkat kelas 3. Aku tak berani nak sanggah...

AZANI said...

salam zam serta rakan semua
sejak kes tujah, aku berjanji pada diri aku supaya preview dulu sebelum publish
sebelum apa apa aku mohon maaf

tapi itulah setiap kali pilihanraya kecil, kerajaan akan bagi peruntukan untuk sekolah rendah/ menengah jenis kebangsaan...Prof Emeritus tu teruk kena herdik dek kaumnya sendiri.

kalau prof melayu yang keluarkan kenyataan gitu,pasti di cap racist, penghapus etnik setara radovan karadzic,bukan oleh bukan melayu saja, tapi melayu sendiri juga.

kita sebelum ke juzuk himpunan yang besar, mulakan dari yang kecil dan rapat dahulu.

Saidina Ali pernah ditanya kenapa zaman pemerintahan Saidina Usman dan dia berlaku perpecahan.
Apa katanya, semasa zaman Abu Bakar dan Umar, umatnya macam aku dan Osman, semasa Uman dan aku , umatnya macam kamu)Muawiyah dan Amru al As(kita tak dibenarkan mempertikaikan kewibawaan para sahabat, tapi ini aku petik kata kata yang dikatakan, dikatakan oleh Saidina Ali-wallahua'lam.)

Aku said...

Azani,
kita tak boleh membicarakannya sebab kita bukan hidup di zaman itu dan kita tak tahu situasi sebenar, juga mereka itu ada antaranya sahabat2 yang telah terjamin syurganya...

JHaZKiTaRo said...

salam.. rajin2, meh laa ziarah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca my travelling experiences to 45 buah negara.. :)

Aku said...

JHaZKiTaRo,
Wuih.. payah nak tulis nama.
Wokeh.. gua datang....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com