Monday, March 14, 2011

Yang dicabar pula mencabar: Bontot Kuali

.

Satu hari itu, aku ada post satu entri tentang bontot kuali DI SINI... dan aku cabar supaya masing-masing tonjolkan bontot (kuali).


Dan KucingOrenGemuk adalah orang yang pertama memberi komen dan juga menyahut cabaran. Syabas!

Ya, ia adalah cabaran dan bukannya TAG. Cabaran yang terbuka. Tetapi, atas sebab teknikal, yang mencabar telah di disqualified oleh yang dicabar. Dan aku kena post semula.



walau pun hitam, ia tetap berkilat...



Ada 3 sebab kenapa ianya kekal hitam:

  • Aku dan KOG berpendapat kerak karbon itu mampu mengawal atur suhu minyak menggoreng, seterusnya membuatkan gorengan kurang 'melekat'. 

  • Kalaulah di kampung, biasanya bontot kuali itu ditonyoh di atas pasir sungai. Kira-kira macam 'sand paper' la. Tapi, aku duduk di rumah setinggi 5 tingkat! Mana nak cari pasir, mana nak cari sungai? Kalau aku bawak ke air terjun Sungai Lui, heboh pula orang kata aku pergi mendulang emas!

  • Aku tak mau peribahasa Melayu lama  tentang hitamnya p%$&t kuali itu terkubur...



Apa lagi, yang lain macam mana? Tak syok la kalau cabaran tak berjawab....





.

16 comments:

kucingorengemok said...

yaaaa! tepuk tepuk tepuk! (tapi kuali aku tetap juara, haha)

Aku said...

KOG,
Apa kriteria nak jadi juara nih? Hahahaha....

tasekM said...

aku nak mintak satu je.

kamera...


aku tak ada kamera.
macam mana nk sahut cabaran nih...





.

tasekM said...

kejap.
asal meow online memalam lak nih...?





.

Aku said...

TM,
hendak seribu daya.

Ko usunglah kuali ko tu ke kedai gambar. Cari kedai gambar yang ada set tepi laut... hahaha

Aku said...

TM,
dia cari tikus.. overtime... hahaha

ckLah said...

Alah....ckLah tak sempat ambil tindakan terhadap bontot ini...

(Errr...maksud ckLah, tugasan bontot kuali yang kau bagi ni)

Aku said...

Cklah,
cikgu, dah berapa hari cikgu tak menggoreng ikan ni? Hahaha....

AZANI said...

itu kuali ya...aku nampak cam tombol pun ada, cam dischead heat exchanger pun ada..
maaf ya kog,zam...salam.

Aku said...

Azani,
Kalau dah malam-malam, memang nampak yang bukan-bukan... pokok pisang pun nampak macam sundal bolong... hahaha

ashley said...

TAS,
nak kamera? mai rumah aku..ada extra..
PINJAM ja..
bukan bagi teruih..
AKU KEDEKUT.
.
.
.
tapi aku kat kambpung la ni.

Nizam,
nak kuali saiz cam na?
besag? kecik?
KAWAH?

Aku said...

Ashley,
Kalau kawah tak aci sebab kawah kenduri dia org tolong cuci lepas kenduri.

Ni kena kuali pakai hari-hari...

kucingorengemok said...

tas, ko memang banyak alasan la... aku libas ngan rotan nanti

Aku said...

KOG,
Aku syak dia mesti bergegas gi Mydin cari kamera pakai-buang tu...
eh, ada lagi ke? hahaha

buah kedondong said...

jemput-jemput...
meh tarah kuali aku, leh wat kopi O..

nizam nak gula lebey ek?
nanti aku tuang sekampit!

Aku said...

b.kedondong,
minum kopi gigi kuning...
tapi aku suka..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com