.
Negara berpendapatan tinggi.
Perkara ini pernah dilambungkan dan dibicarakan oleh mantan PM kita di dalam blognya satu masa dulu. Tadi, seorang rakan pejabat memberikan komentarnya berkenaan Rakyat Berpendapatan Tinggi (RBT).
Katanya, setinggi mana pendapatan rakyat itu tidak ada gunanya jika 'kuasa membeli' menjadi kurang. Maksudnya, seperti 'duit pokok pisang' yang terkenal ketika zaman Jepun dulu dimana sebiji telur ayam boleh mencecah harga ribuan 'ringgit?' sebiji. Mungkin ketika itu sebab nilai matawang tidak disandarkan dengan apa-apa (duit cop sendiri) jadi nilainya amat rendah.
Walaupun berbeza dengan situasi RBT ini, pokok pangkalnya: tak guna berpendapatan tinggi jika harga barangan keperluan juga naik tinggi.
'Bulshit' sungguh jika suka banding-banding harga barang negara kita yang kononnya masih murah sedangkan tak dibandingkan pula pendapatan perkapita negara terbabit berbanding negara kita. Kita bukan setakat mahu pendapatan tinggi, kita juga mahu kuasa membeli yang tinggi.
Dulu aku pernah makan Nasi Beriyani tapaw di kota Norwich, harganya 3.5 pound sterling. Kalau kita tukar kepada RM (masa tu RM 6 = 1 Pound), Nasi Beriyani itu harganya RM 21, di Malaysia Nasi Beriyani mungkin boleh dapat 2 pinggan. Konklusinya, harga di Malaysia masih murah.
Bodoh!
Bukan murah!
Di sana, pekerja kilang yang baru masuk kerja tak sampai 3 bulan bergaji 700 pound sebulan. Campur elaun dan 'overtime' boleh cecah 1,000 pound sebulan. Ini aku tanya sendiri mamat 'mat salleh' tu. Dia kata, dia boleh beli kereta jepun secara tunai kalau simpan 6 bulan gajinya tanpa diguna. Kita di Malaysia hutang sampai 9 tahun nak bayar HP.
Kalau 1,000 pound sebulan, gajinya bersamaan RM 6,000 sebulan di Malaysia. Jadi, kuasa membeli mereka masih tinggi. Aku pernah tanya pemandu teksi di sana yang berketurunan Asia, dia kata dia hantar duit 100 pound sebulan ke keluarganya. 100 pound di sana macam RM100 di Malaysia, apalah sangat. Tapi, bila keluarganya tukarkan duit itu, ianya bersamaan RM 600 ringgit. Cukup untuk hidup sebulan.
Kita perlukan jurang yang cukup untuk boleh kita ditakrifkan 'senang', kalau pun tak 'kaya'. Jurang yang diantara pendapatan dan harga barangan yang menjadikan kuasa membeli kita bertambah.
Semua orang mahu jadi kaya-raya:
pegawai yang bertali leher dan ber'bush jacket' yang selalu kenyit-kenyit mata dengan vendor, vendor yang balas kenyit-kenyit mata di pegawai itu yang bagaikan kod 'morse', peniaga runcit, petani yang lelah, pelaut yang kering tekak, tukang ceramah politik, towkeh rumah urut....
: semua orang mahu jadi kaya-raya.
Kalau semua dah nak kaya, siapa yang mahu jadi miskin? Bukankah di akhir-akhir usia alam ini nanti wang zakat pun payah nak diagihkan kerana semuanya kaya dan makmur? Kalau dah tau, kenapa kita mahu mempercepatkan diri kita ke arah itu?
Oh ya, semua perkara itu telah diceritakan. Yang diceritakan itu pasti akan berlaku, nak elak macam mana pun tak boleh. Sebabnya, kalau tak terjadi maka cerita itu menjadi tak benar dan karut. Kalau ianya dah karut, semuanya akan turut menjadi karut wa marut.
Jadi, pasrahlah diri. Terimalah perubahan itu. Hukum entropi : semua yang ada akan menuju ke kemusnahan (from order to chaos).
Marilah kita bersalam-salaman. Kita bermaaf-maafan tak payah tunggu hari Raya Aidilfitri 2011.
Kiamat telah menampakkan bayang-bayangnya...
.
14 comments:
baiklah.
maaf zahir batin ye.
.
aku tengah berbuku geram kat orang zakat yang kasi sumbangan besar untuk orang berhari keluarga dan bersuka ria... bersukaneka tu masuk dalam asnaf ke? debik karang!
eh sorry terleter kat sini pulak... selamat bulan rejab, maaf zahir batin :)
TM,
Makan minum minta halalkan ek?
Maaf Zahir dan Bathin...
KOG,
Ye ke? Mungkin yang bersukaneka tu anak orang2 asnaf tukut. Tapi kan, bersukaria tu boleh guna duit zakat ke?.. ish, aku tak pandai hukum.
Ya, maaf zahir dan bathin.
Semalat hari Raya.
bang, towkeh rumah urut tak terlibat sebenarnya...
...ye bang, salam bermaafan... pas nih, kita guna kurma buat duit...
tu la... lepas kes Nixon tuh... dia langgar perjanjian Bretton... sekarang cam mana... matawang tak dak di-ikat pada apa2... sukahati org manipulate jeh... at least masa pak Det, dia ikat ngan dollar...
aaarghhhhhh... international monetory system is totally fraudulent....
Sepa,
woh.. towkeh rumah urut masih berniaga secara jujur rupa-rupanya... patutlah selalu kena serbu sebab selalunya orang yang jujur mendapat banyak dugaan dalam perniagaan. The sage, the fool, the sinner ...
dino,
kat indo ada istilah UMP > upah minimal povinsi. dikeluarkan oleh kementeriansumbermanusia-nya. tiap2 thn review n diselaraskan ngan US dollar. ada time tuh sampai 27%.
kita cadangkan yg seakannya kepada uncle Subra tuh. paling kurangpun tiap2 thn gaji d review atas kadar inflasi atau BLR n di-correlate ngan elaun. e.g; BLR 6%, gaji naik tiap2 thn minimum 5%, yg 1% top-up-kan elaun... rasanya, kuasa membeli boleh jd consistent tak...?
saya suka perkataan "bulshit' tu...
Sepa,
kalau boleh macam tu, alangkah bagusnya.
Jaringan keselamatan sosial kat meysia tak canggih mana pun. Setakat epf dan socso je...
fadhilahM,
Bulshit.. bulshit.. hahaha
Aku setahun kerja, tak terkumpul2 duit nak beli keta lagi ni.
Raya ni, aku balik bas jugak ler.
Abg ko, 10 tahun kje,dia ada juga sebijik rumah.
Yu pun hutang...
Pendapatan kami berdua cukup untuk kami dan membela kucing jer la
Tak pa, aku buat harta kat akirat je ler.
Maaf zahir batin.
Kiamat dah dekat.
Aku,kak lily. terlog in blog yg kunun2 rahsia tu. haha
Waterlily,
Ada satu entri .. dan ada citer dalam 'Racun' - "Semangatnya hilang bersama asap yang berkepul-kepul"
Bagi aku, semua kita ini ada berhutang. Kalau tak hutang dengan bank, kita hutang dengan diri sendiri, juga hutang kepada Tuhan.
....cam mana nak komen tah entry perihatin nih.
.
.
.
selamat masuk bulan rejab.
sep nak?
.
.
.
.
sep sep sep...
tom tom tom...
sep atas..
seb bawah..
sep depan..
sep belakang..
jeli jeli one two jus!!
.
.
aku sep ngan TAS.
Ashley,
Apa main sep-sep atas bawah depan belakang ni?.. hahaha
Post a Comment