Tuesday, February 7, 2012

Si Pelahap dan Si Bakhil...

.

Aku tonton rencana tentang ular sawa makan binatang. Aku tengok dia makan punyalah seksa. Sampaikan terpaksa nganga rahang besar-besar macam nak terkoyak dibuatnya. Lepas tu, binatang itu ada sepasang tanduk yang tajam (binatang itu bukan setan yang bertanduk). Dengan tanpa tanggalkan dahulu tanduk yang tajam itu, ular sawa itu terus juga telan. Aku terfikir, tak tertusuk perutkah nanti?


Gambar sekadar hiasan, dari google...

 
Memanglah tanduk itu akan hancur akhirnya tetapi itu akan ambil masa. Semasa menelan, tak pecah pula perut ular tu.


Kenapalah ular tu tak makan sikit-sikit. Makan peha dulu, petang sikit makan dada pula, esok pagi sarapan sup kepala rusa pula ke. Adakah sebab ular sawa tak ada tangan nak pegang pisau nak potong-potong? Eleh, itu alasan je. Buaya pun tak ada tangan, helang pun tak ada tangan, elok je dia putar-kitai sampai putus...


Aku syak ular sawa ni memang spesis pelahap dan bakhil. Mana ada ular nak simpan binatang buruan, mana ada ular nak bagi sikit daging kepada anak dia.







.

7 comments:

cheqna said...

mmg betul2 pelahap =)

Fadhilah Maarif said...

sebab itu orang selalu cakap, makan macam 'tekak ular'...semua benda nak telan.

Aku said...

cheqna,
tapi bila tgk ular tu nampak rilek jer kan?




FadhilahM,
Ooo.. ye ke?
Aku tak pernah dengar lak macam tu. Yang biasa aku dengar 'rezeki harimau'

AZANI said...

pengamatan kau buat aku berfikir,
ye tak ye jugak , kenapa lah tak de animal trainer yang train sawa ni supaya makan dengan tertib....aku percaya boleh, alangkan raja rimba pun boleh di ajar untuk aksi sarkas...

Aku said...

Azani,
aku rasa sebab otak ular sawa ni tak cukup kompleks untuk menguruskan satu arahan yang rencam... seperti menyuruhnya melompat pagar berapi, misalnya...

hahaha

sepa said...

ahhh.!
kenapalah dia telan kepala dulu.?
seram la menatang-mangsa tgk urat tekak ngan isi perut.
kenapalah dia tak telan mula dari ekor.? sambil makan menatang-mangsa boleh jalan2. dapat la dia menggelongsor-menumpang free.
oya... dia dah ada pengalaman tuh kot.! masa makan dari belakang menatang-mangsa siap berak-kencing kat dlm mulut dia.

:P

Aku said...

Sepa,
bukan..

kalau dia makan dari bontot, binatang tu terpekik terlolong... lepas tu dia kesian sangat... dia lepaskan.. lepas tu lapar, lepas tu dia mati atas keprimanusiaan...

lesson learnt

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com