Monday, July 30, 2012

Sejadah untuk solat

.


Seorang lelaki mundar-mandir di sebuah pondok kecil seperti kucing kehilangan anak, seperti mencari sesuatu. Tingkah lakunya diperhatikan dengan penuh tanda soal oleh seorang pemuda yang sedang duduk di kaki tangga. Lebih menarik perhatian pemuda itu ialah lelaki yang seperti seekor kucing itu memakai kain pelikat dan berkopiah putih... sesuatu yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.


"kamu cari apa, Hasri?" tegur pemuda itu.

"aku tengah cari sejadah, aku nak solat." jawab lelaki seperti kucing itu.

"solat sahajalah di sudut sana tu, atas tikar mengkuang tu."

"hah? tak ada sejadah, mana lengkap." balasnya.

"sejak bila sejadah tu jadi syarat sah solat?"

"aku tengok semua orang solat mesti di atas sejadah. tak caya, cuba tengok tv."







[Hasri adalah watak khayalan, seperti juga ceritanya tetapi ada mesej sinis di situ]



.

6 comments:

kucingorengemok said...

dah solat atas sejadah sorang satu, pastu saf lompong² (kisah benar saf pertama solat jumaat yang masuk tv) :|

Nizam.Ariff said...

KOG,
yup.... dan aku tgk skrg ni dah macam tu... kalau tak ad sejadah, jenuhla cari sampai dapat baru masuk saf... solat je la ats simen, apa salahnya pun kan?

SM said...

sama jugak macam kain pelikat dan songkok (atau kopiah). kalau tak pakai, macam tak sah pulak solat. ini kes budaya pemakaian yang dah mempengaruhi rukun solat tu sendiri.

Nizam.Ariff said...

SM,
tepat sekali kupasan ko tu...
itulah yang aku cuba nyatakan.

ASH said...

sama je la kalau takdak telekung...
.
.
kalau keluar rumah dah tutup aurat molek molek, pakai je laaa baju tu gi solat..UNLESS memang tak menutup aurat secara LULUS SYARA' itu..
hehe..

boleh tipu tipu ALLAH pulak..

nak solat mengadap Allah pakai telekung molek molek

...pastu after solat tanggal telekung tayang kat lelaki NON MUHRIM...errr cam nooo tu?

aikkk macam dabel standard le pulok!

Nizam.Ariff said...

Ash,
kalau ditanyakan alasan, macam2 alasan dia orang bleh bagi...

dah malas nak cakap.. .dah besar panjang, pandai2lah nak hidup...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com