Monday, July 30, 2012

Accountable versus Responsible...

.

Diantara perkara-perkara yang aku boleh lihat corak diantara pengurusan lama dan baru ialah cara menguruskan kerja. Dah dua pengurusan sebelum ini menitik beratkan 'delegation of work' manakala pengurusan terbaru ini memandang kepada 'accountability of work'. Orang-orang seperti aku terpaksa menukar gear undur sekejap sebelum menukar arah pemanduan.


Dalam menguruskan sumber manusia di sesebuah organisasi, salah satu cabarannya ialah ketirisan modal insan. Tiris dengan kata lain telah berpindah ke tempat lain, dengan membawa semua pengetahuan serta kemahiran keluar dari organisasi. Kalau setakat tiris tak apa lagi. Sudahlah tiris, kemudian tiada lapisan pengganti... itu seperti sudah jatuh ditimpa tangga. 


Salah satu cara penyelesaiannya ialah memastikan skuad pelapis dibentuk, dididik dan diberikan peluang oleh ketua dalam kerja-kerja pengurusan dan membuat keputusan. Melalui kaedah ini, ketua harus memberikan kepercayaan untuk skuad pelapisnya menjalankan sebahagian kerja-kerja yang dia lakukan, dengan itu, dia dapat memberikan pengalaman kepada skuad pelapis. Jikalau ketua itu berpindah/berhenti kerja, skuad pelapisnya sudah bersedia untuk mengambil tempat.

Sayugia dikatakan bahawa kebiasaannya apabila seorang ketua mendapat tugasan, ketua itu biasanya akan merancang dan memecah-mecahkan tugas yang perlu dilakukan kepada orang bawahannya. Itu yang biasa dibuat dalam erti kata 'delegation of work' tetapi ada juga yang 'delegate' semua tugasnya kepada orang bawahan secara bulat-bulat! Yang lebih teruk, apabila ketua sendiri tak tahu apa status projek tersebut kerana semua kerja dan keputusan dibuat oleh orang yang diberikan kepercayaan tadi.


Namun, tak semua konsep itu 'maksum' dalam perlaksanaannya. 'Delegation' mengikut kamus microsoft word mempunyai erti yang hampir sama dengan 'hand over', 'give', 'pass on' dan 'entrust'. Apabila tujuan sebenar 'Delegation of Work' telah dinoda, orang bawahan terasa seperti dilacurkan secara paksa.


Untuk merapatkan semula ruang 'disengagement' diantara ketua dan orang bawahan yang diberikan tugas tadi, 'Accountability' diterapkan. Dalam konsep ini, ketua boleh memberikan tugas-tugas kepada orang lain tetapi dia masih kekal bertanggungjawab.


Dalam PRINCE2, ada dua perkataan digunakan, 'Accountability' dan 'Responsibility'. Katanya, ketua masih kekal 'accountable' manakala orang bawahan yang diberikan tugas adalah 'responsible' untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Kalau big boss nak pit telinga, piatlah telinga ketua dulu sebab dia yang 'accountable'....


Sepatutnya begitulah kan?








.

6 comments:

ASH said...

krohhhh...
krohhh...
krohhh..
.
.
.
jap..
bagi orang lain komen dulu lah!

tasekM said...

begitulah sepatutnya.
sama2 kena piat.









hoi.
awalnyaaaaaaaaaa pasang lagu raya!


.

Nizam.Ariff said...

ash,
tengahari tido jap eh...
aku tak blh tido.... kerja... huhuhu




tm,
mood raya dalam mood kerja dah ni... huhuhu

sepa said...

yang accountable, kalau buat salah kita piat telinga. aku setuju...


yang responsible pulak, rasanya penampor kot.!

aza ni said...

teoinya gitu...praktikalnya yg bawah kena piat dek big boss depan orang...
boss kena piat balik pintu bilik big boss

Nizam.Ariff said...

sepa, Azani
betul3x....

Ni la gayanya kalau bercakap ikut pengalaman, kan? hahahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com