Wednesday, November 28, 2012

Umpan untuk memancing di sungai yang pernah aku guna...

.

Sudah hampir setahun joran aku tak keluar-keluar dari dalam bonet kereta. Tak ada kesempatan. Kalau ada kesempatan pun, mungkin abang-abang aku tak sempat. Kalau semuanya ada kesempatan pun dan sudah berada di kampung pun, belum tentu boleh pergi kalau hari hujan atau air sungai 'tidak bagus'... atau Mama menyatakan rasa bosan sebab seharian menunggu aku memancing.


imej: google

Semasa aku kecil dulu, pada zaman itu, Ikan Baung menjadi kegilaan kaki pancing di sekitar Sungai Perak dan Kg. Gajah. Dan umpan kegemaran Baung ialah ulat yang menghuni di dalam batang kelapa atau kelapa sawit atau nipah yang membusuk. Ia adalah ulat kepada sejenis kumbang. Hendak mencucuk mata kail kenalah berhati-hati kerana sekali dicucuk, lemak dan air tubuh ulat itu akan keluar dan menjadi kempis. Bila terlalu kempis, ulat akan tertanggal dari mata kail ketika di dalam sungai. Kadang-kadang kami ikat ulat itu dengan getah gelang supaya ia tak terlucut.


imej: google

Dewasa ini, kami selalu gunakan Buah Kelapa Sawit sebagai umpan pula. Selain ianya lebih mudah dibawa atau disimpan, ia juga mudah untuk didapati. Umpan sawit ini lebih kepada untuk ikan Lampam, Patin, Ara-Ara, Jelawat dan pelbagai jenis lagi termasuklah Kaloi. Biasanya kami akan habiskan sebiji sawit itu untuk sekali balingan. Ada pelbagai cara memasang umpan sawit, ianya bergantung kepada jenis ikan dan juga mata kail. Yang biasa kami buat ialah 2 cara iaitu 'cucuk satay' dan sebiji terus.

Cucuk Satay - buah sawit dihiris isi kuningnya sebesar kuku. Kemudian, cucukkan mata kail menembusi hirisan tadi dan tolak hirisan tadi naik sehingga ke tali perambut. Cucuk lagi dalan 10-15 hirisan lagi sehingga menjadi seperti satay dan menutupi mata kail. Biasanya ikan yang besar-besar yang berselera makan satay biji sawit ni dan biasanya ia akan telan sekaligus.

Sebiji - Biasanya kail menggunakan mata kail yang banyak. 3-5 mata kail yang kecik-kecil bersaiz 4-6 atau mata rawai. Setiap mata kail tadi dicucukkan pada kulit sawit seperti orang sarkas cucuk mata kail atau besi gelang pada kulit badan tu. Cucukkan sekeliling buah tadi. Apabila ikan bermulut kecil cuba mencubit buah tadi, akan tersangkut pada salah satu mata kail.


imej: google

Ada juga yang menggunakan umpan Cengkerik. Tapi aku tak pernah cuba sebab nak tangkap cengkerik adalah satu hal yang sungguh leceh kecuali membelinya di kedai-kedai haiwan peliharaan. Cara mencucuk cengkerik pada mata kail adalah sama seperti umpan Ulat Sagu/ Ulat Kelapa Sawit. Ikan-ikan yang suka kepada umpan ini ialah ikan-ikan pemangsa.




Dan..... umpan yang paling universal ialah umpan cacing tanah!
Segala jenis ikan suka pada cacing tanah, dari sekecil-kecil ikan sehinggalah sebesar-besar ikan. Tetapi, untuk ikan yang besar-besar, beberapa ekor cacing diperlukan agar 'gumpalan' umpan itu lebih besar dan 'bau cacing' itu dapat dihidu oleh ikan yang besar-besar di lubuk yang dalam. Kami pernah juga memancing udang galah menggunakan umpan cacing tanah, selain anak udang kertas sebagai umpan.

Oleh kerana cacing adalah umpan yang universal, biasanya ikan-ikan yang kami tak mahu yang memakannya seperti 'Baguk Tangga' atau Ikan Duri (sungai) dan seluang yang kecil-kecil.





.

14 comments:

ASH said...

adeh....
.
.
.
" mari kawan kawan, kita pergi maengail
kita tangkap ikan, kita tangkap udang
mari kawan kawan, jangan segan segan
joran sudah siap, umpan sudah pasang..."
.
.
.
.
.
( ** cikgu tadika mau bikin lagu )

tasekM said...

yg guna umpan tempoyak pun ada eh.
kreatif betul..


.

Nizam.Ariff said...

ashley,
kalau buat satu aktiviti role play memancing atau menjala pun ok gak kan?
budak2 sekarang ni dah lupa macam mana ikan boleh ada kat pasar.... hahaha



TM,
Tempoyak?
AKu tak pernah dgr lak macam mana buatnya... kalau guna perut ayam, sosej tu selalu gak la aku dengar...

LydSunshine said...

Ni entry SEO ni. Mungkin akan jadi carian kat Google. Kalo ko buat entry 'cara nak pasang umpan pada mata kail' mungkin akan dpt hit tinggi jugak daripada carian Google.

Nape ikan suka makan buah kepala sawit? Ada bau yang unik ke? Dan ulat mulong tu... aku rasa cam kembang kempis perut aku bila ko cakap kuar lemak daripada badan dia. Tak dpt bygkan cemana org yg makan ulat ni.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Sesetengah ikan memakan buah-buah hutan. Mungkin sebab sekarang ni banyak ladang kelapa sawit di tebing-tebing sungai, ikan pun dah pandai makan buah sawit... culture shock... macam kita mula-mula kenal KFC dan MCD la kut... buah sawit tu berlemak dan berminyak... mungkin sedap bagi ikan...

SHIMI said...

Rindu dengan aktiviti memancing. Orang kata memancing mengajar erti sabar.
Hmm, rindu kat blog ni juga..

Nizam.Ariff said...

Shimi,
kemana ko menghilang, kawan?

ko jadi expatriate lagi ke?

Jna marcello said...

Na suka gila memancing (nampak x yg na ni seorg yg penyabar)hahahahah POYO

tapi slalu nye dpt ikan talapia/kalapia (tatw spell dye mcmne)

tak pernah pongg na dgr ikan baung

Nizam.Ariff said...

Jna,
Ikan baung ikan yang eksotik!
ia ikan sungai. Sejenis catfish.
Ia mahal dan ianya sedap dibuat gulai tempoyak atau kari...
jarang orang jual kerana kalau dapat lebih berbaloi dimakan sendiri... itu sebabnya jarang orang jumpa...

Lady Windsor said...

taubat la weii aku geli nak pegang ulat gemok tu..aku guna udang atau isi ikan jer..

Nizam.Ariff said...

LW,
aku bukan gekli tapi kesian bila tgk isi perutnya terburai dan airnya mencucur keluar... hahaha

Unknown said...

Di daerahku kaltim , ikan baung banyak terdapat di dalam gua gua batu yg berair. Umpannya cukup cacing kalung aj. Setiap kali mancing biasanya dapat ½ karung

Nizam.Ariff said...

Zidan,
Ya, kalau guna umpan cacing juga boleh dapat baung. Aku jga pernah pakai di sungai tetapi biasanya ikan duri yang makan duluan...

Unknown said...

umpan tempoyak biasanya gaul dedak.. buat ramuan yg btl.. klu cantik bancuh n peram.. mmg meletop laa hasil.. insyaallah..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com