Dalam 3 bulan sahaja, mereka berdua pergi...
Seperti masih terngiang2 jerit pekik kami bermain:
Aku menangis, mengadu pada Emak apabila dia melekapkan tangan robot plastiknya pada kipas helikopter plastik aku.
Bergegar rumah kayu 2 tingkat itu apabila kami bermain pedang-pedang.
Hampir setiap malam, sebelum tidur di dalam kelambu, dia bercerita kisah2 seram (yang pasti hanya rekaan) tetapi aku masih menggeletar takut menarik selimut ke muka, atau pejamkan mata.
Bagaimana dia jadi inspirasi aku untuk menulis cerita pendek di dalam diari.
Segalanya macam sekejap.. sesungguhnya ajal itu tidak bersyarat tua atau sakit:
20/21 Ramadhan: Abang sulong. Petang berkebun, menyangkul, merumput. Pada malamnya qiyamullail, usai sekitar 5am, kembali ke bilik tidur, bisiknya kepada isteri "rasanya tak ada lailatulqadar malam ni" kemudian tepuk2/dodoikan isteri (isterinya sakit, berbaring di katil. Abang berbaring di lantai sambil tunggu sahur). Beberapa saat kemudian, isterinya terdengar abang berkeroh kuat beberapa kali dan terus senyap sunyi...
Semalam: Abang atas aku, beza umur 5 tahun. Dia kerap mengadu pada isteri, perut rasa tak selesa, berangin, macam gerd. Bermula 2 minggu lepas, mula pitam2. Ada sekali tu pitam dan terhantuk bucu meja makan. Dahi terluka. Selang 2-3, hari jadi. "Abang rasa dah dekat dah ni" katanya pada isteri. Katanya lagi, kalau 'pergi' pun dia dah redho, dan dia berdoa tak nak sakit sampai menyusahkan orang nak jaganya. Pagi2 semalam dia ke kebun. Sekitar jam 7.15am, dia balik untuk minum pagi di dapur. Lepas minum tiba2 pitam, jatuh dan pengsan. Nadi jadi lemah, dlm 10 minit, dia dah tak ada.
.